Siakap Keli

Trump Didakwa Mengancam China Untuk Capai Perjanjian Perdagangan Dengan Cepat

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi peringatan kepada China untuk segera menyelesaikan rundingan perdagangan mereka. Rundingan itu adalah untuk menamatkan perang perdagangan di antara kedua negara terbesar di dunia.

Melalui beberapa catatan di akaun Twitter rasminya pada Selasa (30 Julai), Trump mengancam, jika dia memenangi pemilihan presiden AS pada tahun 2020, tawaran AS dalam perjanjian tersebut akan jadi lebih teruk daripada rundingan semasa. Bahkan, boleh jadi, akan tiada perjanjian langsung.

“Masalahnya, jika mereka (China) menunggu sampai masa saya menang, perjanjian yang mereka peroleh akan jauh lebih sukar dari yang sedang dalam rundingan sekarang atau langsung tiada persetujuan sama sekali. Kami mempunyai semua kad, pemimpin terdahulu tidak pernah melakukannya.” beritahu Trump dalam tweetnya yang dipetik pada Selasa, (30 Julai).

Minggu ini. AS dan China kembali mengadakan rundingan perdagangan., Namun, Trump menuduh China sentiasa mengubah perjanjian di saat-saat akhir demi keuntungan negara Tirai Bambu itu.

Trum mendakwa bahawa China akan menunggu pelaksanaan Pilihan Raya Presiden AS yang akan datang pada 2020 dan berharap kemenangan diperoleh calon Demokratik, salah satunya adalah Joe Biden atau yang disebut ‘Sleepy Joe’.

Sekiranya Demokrat menang, Trump menyatakan China akan mendapat persetujuan yang mereka kehendaki. Seperti 30 tahun yang lalu, dan akan terus menipu AS.

Trump juga mengatakan bahawa prestasi ekonomi China sangat buruk, yang paling buruk dalam tempoh 27 tahun terakhir. Menurut Trump, China sepatutnya mula membeli produk pertanian AS walaupun tiada tanda bahawa China akan melakukannya.

Trump menambah “Ekonomi AS jauh lebih besar daripada ekonomi China dalam tempoh tiga tahun yang lalu.”

Sebagai maklumat, minggu ini perunding China-AS kembali bertemu di Shanghai, China untuk membincangkan penyelesaian perang perdagangan. Pertemuan itu merupakan pertemuan yang pertama sejak pertemuan kedua pemimpin negara itu, Presiden AS, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping pada sidang kemucak G20 bulan lepas.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)