Siakap Keli

(Video) Ayah Zulfarhan Sujud Syukur, Mahkamah Arahkan 18 Suspek Bela Diri

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua masyarakat di Malaysia di mana pada tarikh 31 Julai 2019, perbicaraan tentang kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tahun 2017 lalu.

Lebih memilukan, mangsa didakwa telah diperlakukan sehingga ditekap dengan seterika wap yang menyebabkan mangsa mengalami komplikasi luka lecur hampir 80 peratus pada permukaan badannya.

Pada hari ini, satu kejadian yang menyentuh perasaan semua, bapa arwah Zulkarnain Idros sujud syukur selepas keluar daripada pintu mahkamah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan 18 daripada 19 orang tertuduh dalam kejadian cedera hingga mengakibatkan kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain membela diri. Tarikh perbicaraan selanjutnya adalah pada 2 Oktober 2019.

 

Sumber: Madhiamadani, Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)