Siakap Keli

(Video) Lelaki Nekad Berdiri Di Atas Roda Ferris Yang Sedang Berputar

Apakah anda suka menaiki roda Ferris? Ya, roda permainan ini sememangnya terdapat di pelbagai tempat hiburan. Roda Ferris Giant merupakan salah satu jenis permainan yang disukai oleh sesetengah orang, baik tua mahu pun muda.

Walaupun permainan ini kelihatan tidak berisiko, namun bagi beberapa orang yang cukup takut dengan ketinggian roda ini cukup merasa tegang. Tambahan ketika angin sedang bertiup kencang.

Walapun tiada had umur yang ditetapkan untuk bermain roda ini, tetap ada satu perkara yang biasanya dilarang. Di mana kita tidak dibenarkan berdiri dan membuka pintu semasa roda sedang berputar dan terutamanya ketika kedudukan berada di atas.

Tapi akhir-akhir ini, warganet digemparkan dengan satu video tular yang merakamkan tindakan nekad seorang lelaki yang berdiri di atas roda Ferris. Dalam video itu kelihatan, lelaki tersebut sedang berdiri semasa roda sedang berputar.

Walapun, motif lelaki melakukan hal tersebut tidak diketahui, video itu tetap berjaya menarik perhatian warganet. Seperti juara dalam aksi filem, tanpa sebarang alat keselamatan, lelaki tersebut berdiri tegak pada ketinggian roda Ferris.

Sumber: idnews

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)