Siakap Keli
Gambar Hiasan

Betul Ke Makan Sayur Sejuk Ketika Pantang Memudaratkan? Ini Penjelasan Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita selalu dengar senarai makanan dalam pantang ini ada pelbagai. Kalau nak diseraikan mungkin terlalu panjang, Tapi sejauh mana pantang larang orang tua-tua dahulu diguna pakai diterapkan dalam kehidupan harian ibu berpantang?

Pantang larang ini bukan sahaja diamalkan dalam masyarakat Melayu malah kaum lain seperti India, Cina dan lain-lain juga mempunyai pantang larang yang tersendiri.

Mungkin pada dulunya ketika berpantang hanya makan ikan kering bakar sahaja, tetapi zaman sekarang tak boleh ikut cara seperti itu kerana kebanyakkan wanita sekarang bekerjaya.  Kajian mendakwa setakat ini tiada bukti dari segi perubatan dan kajian saintifik bahawa makanan seperti sayur memudaratkan kepada ibu yang bersalin.

Satu perkongsian menarik daripada Pakar Pemakanan Diet, Fizah Sobri melalui laman Facebooknya mengenai sejauh mana pantang larang makan sayur sejuk akan memudaratkan wanita berpantang.

Ianya merupakan satu mitos di mana pengambilan sayur dan buah-buahan tertentu akan menyebabkan ‘sejuk’ yang membuatkan dalaman wanita hamil atau berpantang kembung, sakit otot dan mudah kejang.

Tiada bukti dan kajian saintifik yang menyatakan elak buah atau sayur tertentu akan memberi manfaat atau memudaratkan wanita tersebut.

Ini merupakan kesan-kesan buruk jika seseorang wnaita berpantang tidak mengambil sayur atau buah-buahan dalam sajian semasa berpantang :

1. Lambat membina sel darah merah, dan akhirnya senang penat.

2. Susah nak buang air besar, tak lawas yang boleh menyebabkan jahitan terbuka.

3. Senang kena jangkitan sama ada dekat luka ataupun seluruh badan akibat tidak cukup zat untuk melawan kuman.

Pakar menasihatkan agar sayur dan buah perlu diambil dan jangan takut dengan pantang larang, mungkin kerana pada zaman dahulu bersalin dirumah dan tidak di hospital serta pengunaan peralatan untuk bersalin juga tidak selamat dan mungkin dijangkiti kuman. Zaman sekrang sudah berubah. Para ibu diberi suntikan vaksin tetanus dan peralatan bersalin digunakan yang lebih steril.

Sumber: Dietitian Fizah Sobri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)