Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Kow Cattle Company/Entree Grocer)

Boleh Mencecah RM 2,400 Sekilo, Ini Sebabnya Kenapa Daging Wagyu Kobe Sangat Mahal

Stik daging wagyu terkenal dengan keenakan rasa lemak yang cair di dalam mulut, membuatkannya menjadi salah satu hidangan mewah di banyak negara.

Daging ini dikenali dengan kewujudan lebih lapisan lemak di antara tisu otot berbanding daging biasa, membuatnya kelihatan seperti marmar atau dipanggil marbling.

Apabila dimasak, lapisan ini mencair dan menyerap di dalam daging, membuatkannya cair di dalam mulut.

Daging eksklusif dari negara matahari terbit ini dinamakan wagyu iaitu ‘wa’ bermaksud Jepun dan ‘gyu’ yang bermaksud daging. 

Harganya yang mahal mungkin tidak dipersoal oleh para penggemar daging, namun bagi sesetengah orang, pasti ada yang tertanya-tanya, apakah keistimewaan daging ini sehingga harganya boleh mencecah RM 1,000 sekilo?

Sebab utama yang mempengaruhi harga daging mewah ini ialah cara lembu tersebut dibesarkan dan dijaga

Anak lembu akan dijaga rapi sehingga berusia tujuh bulan. Setiap anak lembu diberi nama dan sijil yang memaparkan baka, tempat asal, jantina, pemilik serta nombor pengenalan haiwan tersebut.

Kredit: Yui Edomae Sushi

Lembu yang dijaga akan diberus secara berkala bagi meningkatkan aliran darah serta melegakan tekanan haiwan berkenaan.

Bukan itu sahaja, ia juga akan dipakaikan jaket apabila musim sejuk. Anak lembu tersebut akan disuap susu khas secara manual menggunakan tangan.

Apabila berusia tujuh bulan, anak lembu akan dilelong kepada ladang penggemukan di mana ia akan ditempatkan di dalam bangsal.

Anak lembu tersebut akan diberi jerami padi sebagai makanan sehinggalah membesar mencapai 700 kilogram dalam tempoh kira-kira tiga tahun – lebih lama daripada spesies lembu lain yang hanya mengambil masa 15 bulan.

Daging Kobe

Kobe merupakan salah satu kawasan di Jepun di wilayah Hyogo, yang terkenal dengan daging wagyunya.

Hanya daging wagyu baka Tajima dengan kualiti paling tinggi di wilayah ini akan dijual dengan nama Kobe. Namun, kerana tidak dipatenkan, nama tersebut digunakan pada daging wagyu jenis lain.

Daging Kobe yang asli hanya boleh diperolehi daripada wilayah tersebut.

Kredit: Scandinavian Traveler

Pada abad kedua, lembu Tajima atau Tajima-gyu digunakan untuk industri pertanian padi di kawasan gunung-ganang di Jepun.

Kelompok yang terasing ini mempunyai teknik pemakanan yang tersendiri, membuatkannya mempunyai rasa dan tekstur yang unik.

Daging Kobe terkenal dengan rasanya yang mantap, kelembutan dan kandungan lemak intramuskular yang tinggi – membuatkan ia kelihatan seperti marble.

Ia sering dianggap lebih sihat berbanding daging komersil kerana mengandungi lemak mono tak tepu dan omega-3 yang tinggi.

Daging Kobe amat jarang ditemui dan sangat mahal termasuklah di Jepun. Ia menyumbang hanya 0.06 peratus penggunaan daging lembu di Jepun.

Pada berat kira-kira 450 gram, harga daging tersebut boleh mencecah RM 1,200 manakala daging terbaik boleh dijual pada harga RM 2,000.

Kredit: Triple Lights

Disebabkan harganya yang tinggi dan sukar didapatkan, kebanyakan orang Jepun sendiri tidak pernah merasai daging tersebut yang hanya dihidangkan ketika acara istimewa.

Berharga dua kali ganda daripada wagyu biasa, daging Kobe import boleh dijual pada harga RM 200 untuk satu auns (kurang dari 30 gram).

Wagyu dengan kualiti terbaik

Wagyu dikelaskan kepada empat baka iaitu Japanese BlackJapanese BrownJapanese Poll, and Japanese Shorthorn.

Lembu Kobe, Tajima-gyu berasal daripada baka Japanese Black. Hanya daging terbaik daripada baka itu boleh dikategorikan sebagai daging Kobe.

Ada dakwaan menyatakan lembu untuk penghasilan daging Kobe ini diberi bir untuk meningkatkan seleranya serta diurut setiap hari (kadangkala menggunakan wain beras Jepun) untuk merangsang pembentukan marbling.

Penternak lembu juga dikatakan akan memasang muzik klasik ketika lembu sedang makan sebagai teknik relaksasi dan meningkatkan selera haiwan berkenaan.

Sumber: Metro.co.uk, Blackmore Wagyu, Notes Of Nomad

Amira

Love yourself.