Siakap Keli

“Dia Pun Tak Minta Hidup Macam Tu”, Tindakan Lempar Bungkusan Air Tepat Muka Gelandangan Undang Marah

Sikap hormat-menghormati perlu ada di dalam setiap diri manusia supaya keharmonian dapat dicapai dalam kalangan manusia. Walaupun terdapat perbezaan taraf hidup antara golongan miskin dan kaya, ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk menghukum atau memperlakukan sesuatu yang tidak baik kepada mereka.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik oleh seorang warga Twitter, dapat dilihat terdapat seorang lelaki tua yang diperlakukan dengan tindakan yang sangat biadap. Tindakan tersebut bagaimanapun telah mengundang kemarahan rata-rata netizen.

Menerusi rakaman tersebut, seorang lelaki yang sedang berbaring dipercayai sedang tidur atau beristirahat telah disimbah dengan air dari tingkat atas tempat itu. Ianya dapat dilihat apabila bungkusan air dipercayai plastik mengandungi air dilepaskan tepat ke arah kepalanya.

Mangsa yang kelihatan terperanjat lantas bangun dan mengalihkan plastik tersebut daripada mukanya. Perkara tersebut dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan kepada individu terbabit.

“Dia tak kacau sesiapa pon kenapa sampai takde hati perut nak buat camtu kat dia.”

“Orang gila dah tentu-tentu syurga tempat dia”

“Tak boleh la tengok orang macam ni. nak nangis la”

“Ingat orang yang macam tu takda perasaan ke”

Perbuatan tersebut dilihat sebagai sesuatu perlakuan yang tidak menghormati manusia lain terutamanya yang mempunyai kekurangan dalam hidup dan seharusnya lebih sensitif dengan nasib orang lain.

Sumber: Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra