Siakap Keli
Gambar: The Mamamiow

Jangan Buat Main, Ini Tujuh Makanan Manusia Boleh ‘Membunuh’ Kesihatan Kucing

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat digemari oleh kebanyakan daripada kita. Selain dijadikan haiwan peliharaan, kucing juga dianggap sebagai sahabat setia yang selalu menemani tuannya.

Ketika makan, kucing gemar menghampiri dengan harapan ada sedikit makanan yang akan diberikan kepadanya. Disebabkan adanya sifat simpati terhadap haiwan peliharaan tersebut, kita akan memberikan sedikit makanan yang diambil dari pinggan kita.

Gambar: carstvo.com

Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat beberapa makanan manusia yang tidak sesuai untuk diberikan kepada ia?

  1. Coklat

Coklat merupakan makanan ringan yang sangat digemari oleh kebanyakan orang.

Namun begitu, coklat dikatakan sangat berbahaya untuk diberikan kepada kucing kerana boleh menyebabkan muntah, demam dan dehidrasi. Perkara ini adalah kerana, coklat mengandungi theobromine (methylxanthine) yang sangat berbahaya kepada kucing. Ianya juga boleh menyebabkan gangguan pada jantung, dan juga fungsi susunan saraf pusat yang menyebabkan saluran cerna kucing terganggu.

Gambar: Tribun Bali

2. Kismis dan Anggur

Rasa manis yang terdapat pada anggur dan juga kismis menyebabkan ramai orang gemar menikmati buah-buahan ini.  Walaupun digemari oleh kebanyakan orang, namun ianya tidak sesuai diberikan kepada kucing peliharaan anda kerana boleh menjejaskan kesihatan.

Anggur dan kismis boleh menyebabkan gangguan kesihatan seperti ginjal dan gangguan pencernaan terhadap tubuh badan kucing anda. Ianya boleh dikesan melalui penurunan nafsu makan, lesu, sakit perut dan juga kekurangan air kencing.

Gambar: CoklatKita

3. Alkohol

Sedia maklum, alkohol memberikan kesan buruk terhadap kesihatan manusia dalam jangka masa panjang. Kesan tersebut juga turut diterima oleh kucing sekiranya anda membiarkan kucing anda menikmati alkohol.

Kucing yang diberikan alkohol akan menyebabkan penyakit bergerak, keracunan, gangguan pencernaan dan juga gangguan degupan jantung. Malah, yang lebih teruk bahawa alkohol juga boleh menyebabkan kematian kucing kesayangan anda.

Gambar: Keystonebsa

4. Avokado

Disebabkan alpukat atau avokado mengandungi lemak baik untuk tubuh manusia, ianya sering menjadi pilihan orang ramai terutamanya untuk menurunkan berat badan. Namun begitu, anda perlu menyedari bahawa buah-buahan ini sangat berbahaya kepada kucing peliharaan.

Buah ini boleh menyebabkan saluran pencernaan, masalah pernafasan dan juga pengumpulan cecair pada jantung sehingga sekiranya diberikan.

Gambar: Youtube

5. Bawang

Bawang merupakan bahan asas di dalam kebanyakan masakan yang dijamah oleh manusia. Walaupun ianya menjadi makanan harian manusia, namun ianya sangat berbahaya kepada kucing.

Kesemua jenis bawang mengandungi sebatian kimia yang boleh membahayakan kucing. Kucing anda berisiko sesak nafas dan cirit birit sekiranya menelan bahan masakan ini. Ianya juga boleh dikesan melalui simptom muntah, lesu dan kemaluan bertukar kemerah-merahan.

Gambar: The Mamamiow

6. Telur Mentah

Telur mentah juga dikatakan berbahaya kepada kesihatan kucing peliharaan kerana mempunyai bakteria Salmonella E coli. Telur mentah yang mengandungi avidin boleh menghalang penyerapan vitamin B di dalam tubuh badan kucing sehingga memberi kesan kepada kulit dan bulu.

Gambar: telurayamyogyakarta.com

7. Limau

Walaupun mempunyai rasa yang masam, limau atau oren yang mengandungi Vitamin C mempunyai nutrisi yang baik kepada tubuh badan manusia. Walaupun begitu, ianya berbeza terhadap kucing kerana boleh menyebabkan gangguan sistem saraf kepada kucing. Perkara ini adalah kerana tubuh badan kucing tidak dapat menerima kesan masam sitrus daripada buah-buahan ini.

Gambar: faizaleda

Pemakanan kucing peliharaan adalah sangat penting untuk dijaga supaya kesihatannya terjamin. Oleh itu, anda tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan sisa makanan anda yang tidak habis kepada kucing kerana beberapa jenis makanan ini boleh menjejaskan kesihatannya.

Sumber: IDNTIMES

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra