Sebuah kereta Isuzu Panther dengan nombor plat L 1147 SW terbakar dihadapan Gereja Kebangunan Kalam Allah Indonesia, di Jalan Arjuna Surabaya hari ini, iaitu Khamis (1 Ogos).
Kereta yang diparkir di halaman gereja tiba-tiba meletup dan terbakar pada jam 9:40 pagi. Badan kereta juga kelihatan hangus terbakar.
Kereta itu meletup didakwa akibat dari litar pintas dan tiada kaitan dengan sebarang keganasan.
Dilaporkan kereta itu meletup kerana litar pintas yang berpunca dari kecuaian. Kereta tersebut baru sahaja selesai dicuci, dan kuncinya masih berpasang sementara enjin keretanya sudah mati. Hal ini dijelaskan oleh Ketua Perhubungan Umum Polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera.
Barung juga berkata bahawa kereta itu merupakan kereta yang digunakan untuk gereja. Kecuaian daripada pemandu kereta itu yang tidak mencabut kunci yang akhirnya menyebabkan litar pintas.
“Kereta itu adalah milik gereja, jadi jangan kaitkan dengan pengganas.” jelas Barung.
Barung menambah, Surabaya, Jawa Timur dalam keadaan aman dan tenteram. Beliau juga meminta kepada orang ramai supaya tidak bimbang.
“Tiada keganasan dan bom, Surabaya selamat, tidak perlu risau. Polis daerah Jawa Timur sedia mengamankan kawasan itu.
Sumber: CNN Indonesia