Siakap Keli

Meremang, Ibu Terkejut Jumpa Lintah Dalam Lampin Dah Kenyang Sedut Darah

Bila sebut sahaja lintah, ramai yang akan merasa geli dan ada individu yang akan menjerit-jerit apabila melihatnya, apatah lagi kalau melekat, menggigit dan menghisap darah pada pangkal kaki. Memang meremang!

Namun, apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak yang berusia empat tahun ini mungkin akan lebih menaikkan bulu roma anda. Seekor lintah yang kelihatan sebesar ibu jari telah memasuki kemaluan kanak-kanak ini dan menghisap darahnya sehingga ia kenyang dan jatuh sendiri.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh bapa saudara mangsa, mereka menyedari kejadian itu apabila melihat kesan darah pada bahagian dalam lampin yang dipakai kanak-kanak berkenaan dan terus dibawa untuk pemeriksaan lanjut.

Mujurlah, gigitan lintah tersebut tidak berbahaya. Namun menurut ahli keluarganya, kesan daripada gigitan itu telah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir daripada kemaluan mangsa. Memang ngeri!

Sumber : Napaporn Thanawong

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra