Siakap Keli
Gambar Hiasan

Penduduk Muslim Dakwa Kerajaan China Tukar Perkataan Arab Dan Simbol Islamik Di Kawasan Sekitar

Negara China didakwa telah mengarahkan pekerja-pekerja di restoran Muslim untuk menanggalkan atau menutup perkataan bahasa Arab yang berkaitan dengan Islam dalam tindakan terbaru terhadap penduduk Muslim.

Pegawai Beijing dikatakan menuntut sebarang imej yang berkaitan dengan Islam seperti bulan sabit dan perkataan ‘halal’ yang ditulis dalam tulisan Arab akan dikeluarkan dan disembunyikan daripada pandangan penduduk dan orang ramai.

Kedai yang menjual barangan halal berkata pihak kerajaan mengarahkan untuk para pekerja menutup tulisan berbahasa Arab di papan tanda kedai mereka.

Salah seorang pemilik kedai makan Halal di Beijing berkata, pihak kerajaan mereka akan menunggu di depan kedai sehingga para pekerja menurunkan atau menutup tanda halal berbahasa Arab ini.

“Mereka berkata ini adalah budaya asing dan anda harus menggunakan lebih banyak budaya Cina”.

Kesan daripada itu, beberapa kedai makan di sana telah menukarkan perkataan halal dalam bahasa Arab ditukarkan kepada bahasa Mandarin iaitu ‘Qing zhen’ membawa maksud ‘Halal’. Dalam masa yang sama, perkataan yang lama akan ditutup menggunakan pita pelekat.

Ada juga peniaga di sana mendakwa bahawa kerajaan sedang hapuskan budaya Islam di negera maju berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, China merupakan tempat kediaman untuk 20 juta umat Islam serta secara rasminya menjamin kebebasan untuk beragama tetapi kerajaan tetap berkeras untuk hasilkan satu ideologi baharu untuk mereka beragama.

Pihak berkuasa juga telah menutup banyak gereja Kristian bawah tanah dan merobohkan salib di beberapa gereja yang didakwa tidak sah oleh kerajaan. Mereka juga telah mengubah gambar Jesus kepada Presiden Xi Jinping.

Penindasan Muslim

Umat Islam di sana sentiasa dapat perhatian sejak berlakunya rusuhan pada tahun 2009 di mana kebanyakan Muslim Uighur dan majoriti Han. Kerajaan mendakwa bahawa Muslim di China bertindak keras kerana sentiasa menentang pihak polis dan pihak berkuasa lain.

Daripada serangan tersebut, pihak berkuasa melancarkan apa yang telah berlaku sekarang sebagai tindakan terhadap keganasan di Xinjian. Oleh itu, para pegawai telah memperluaskan kawalan yang ketat terhadap golongan Muslim minoriti.

Apa yang mereka mahukan adalah, operasi menjual di China mestilah mengunakan perkataan Mandarin. Bagaimanapun, jawatankuasa Hal Ehwal Ugama dan Agama kerajaan Beijing enggan memberi sebarang komen dan mengatakan bahawa arahan untuk menggantikan perkataan bahasa Arab kepada mandarin adalah rasional.

Sumber: The Sun Uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)