Siakap Keli
Gambar : Google

Arab Saudi Benar Wanita Melancong Tanpa Perlu Dapat Izin

Ankara : Arab Saudi akan membenarkan wanita berumur 21 tahun untuk memohon pasport dan melancong ke luar negara tanpa perlu mendapatkan kebenaran penjaga lelaki, lapor agensi berita Anadolu.

Memetik sebuah akhbar tempatan yang tidak menyatakan sumber maklumat itu diperoleh, mengatakan Arab Saudi dijangka akan membuat pindaan kepada peraturan perjalanan, undang-undang buruh dan undang-undang status awam.

Peraturan baharu itu dijangka menamatkan sekatan yang selama ini menjadi amalan kerajaan dan mengakhiri diskriminasi terhadap wanita.

Di Arab Saudi setiap wanita perlu mendapat izin seorang daripada anggota keluarga lelaki untuk memohon pasport atau meninggalkan negara itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, wanita Saudi telah memohon suaka di negara lain untuk lari daripada kerajaan dan keluarga.

Tahun lepas, Raja Saudi Salman bin Abdulaziz mengeluarkan perintah membenarkan wanita – untuk kali pertama dalam sejarah negara – memandu kenderaan dan mendapatkan lesen.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.