Siakap Keli

Isu Kononnya Ganti Cuti Raya Haji Ke Tahun Baru Cina, Pihak Pengurusan Tampil Buat Penjelasan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pagi tadi Siakap Keli ada mengeluarkan satu artikel mengenai tularnya sebuah memo yang dipercayai dimuatnaik oleh seorang individu. Memo berkenaan telah menerima banyak kritikan lantaran syarikat terbabit didakwa kononnya telah menggantikan cuti umum Hari Raya Haji dengan Tahun Baru Cina pada tahun 2020 kelak.

“Sebagaimana perkara di atas, sila maklumkan bahawa cuti umum Hari Raya Haji tahun ini yang jatuh pada 12hb Ogos 2019 (Isnin) akan digantikan pada Hari Raya Cina 2020. Oleh itu, kilang akan beroperasi seperti biasa pada 12hb Ogos 2019 (Isnin).”

Baru sebentar tadi kami menerima panggilan daripada syarikat Freeway Industries Sdn. Bhd yang ingin memberi penjelasan berkaitan isu tersebut. Menurut wakil syarikat terbabit, dakwaan (memo) tersebut begitu serius sehingga ia mencetus pelbagai spekulasi dan persepsi dari banyak pihak.

Sehinggakan majikannya dilemparkan kata-kata kesat oleh individu tidak dikenali melalui aplikasi Whats Apps. Malah individu berkenaan telah mengungut untuk datang ke syarikatnya. Justeru, laporan pihak polis telah dibuat untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Namun wakil syarikat Freeway Industries Sdn. Bhd. turut menambah bahawa individu tersebut telah meminta maaf kepada majikan setelah dihubungi pihak polis. Ada beberapa lagi perkara penting yang ingin ditekankan oleh syarikat berkenaan untuk menghentikan segala salah faham yang terjadi. Antaranya:

[1] Tujuan pihak syarikat memaparkan memo cuti Hari Raya Haji ini ialah untuk para pekerja membuat persiapan awal sebelum hari tersebut.

[2]  Pihak syarikat memang tiada niat langsung untuk menimbulkan konflik atau isu perkauman di Malaysia.

[3] Perkara ini dimulakan oleh salah seorang pekerja yang sudah mengaku bahawa dialah individu yang mengambil gambar memo terbabit. Dikatakan bahawa dia ingin menunjukkan kepada anaknya. Namun gambar tersebut mula tersebar selepas itu.

[4] Pihak syarikat telah membuat laporan polis pada tengah malam tadi. Pegawai Jabatan Tenaga Kerja (JTK), cawangan Muar telah mengunjungi kilang pagi tadi untuk mendapatkan penjelasan.

Oleh itu, syarikat terbabit berharap dengan penjelasan ini akan menghentikan segala persepsi dan salah faham yang berlaku. Jangan sebarkan sesuatu kalau tidak tahu kebenarannya.

Sumber: Freeway industries Sdn. Bhd.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)