Siakap Keli
Gambar: cardinalevw.com

Pelik, Pizza Bentuk Bulat Tapi Kenapa Kotaknya Berbentuk Petak? Ini Sebab Yang Ramai Tak Tahu

Pizza merupakan salah satu makanan segera yang semakin popular di dunia. Termasuk Malaysia, pizza sudah mula terkenal di dalam kalangan masyarakat umum untuk menikmatinya. Makanan yang berasaskan roti ini juga sudah cukup untuk mengenyangkan perut dan membuatkannya menjadi pilihan oleh kebanyakan orang.

Pelanggan juga diberi pilihan untuk menikmati pizza sama ada di restoran tersebut ataupun membungkusnya untuk menikmati di rumah bersama keluarga. Sekiranya anda memilih untuk membungkusnya, anda akan menyedari bahawa setiap kotak pembungkusannya berbentuk petak. Ia pasti menimbulkan persoalan sedangkan pizza kebiasaannya berbentuk bulat, namun kenapa dibungkus dengan kotak yang berbentuk petak?

Mudah Dan Murah

Kotak pembungkusan pizza direka berbentuk petak kerana ianya lebih mudah dan murah untuk mendapatkannya. Disebabkan berbentuk petak, ianya boleh dihasilkan dengan sekeping kadbod tunggal dalam tempoh masa yang cepat. Kebanyakan restoran pizza akan menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu, kotak berbentuk petak membantu persiapan lebih mudah dan mempercepatkan urusan tempahan pelanggan.

Gambar: Mia V

Kaedah Penyimpanan Yang Lebih Mudah

Setiap restoran makanan segera perlu memastikan kekemasan premis mereka berada dalam keadaan yang bersih dan tersusun. Ianya juga pasti akan menarik perhatian pelanggan untuk kembali pada masa akan datang kerana mempunyai persekitaran yang baik.

Kotak pizza yang berbentuk petak akan membuatkan ia lebih mudah untuk disimpan. Sifat persegi kotak tersebut lebih stabil jika dibandingkan dengan kotak berbentuk bulat.

Gambar: Gigazine

Mempunyai Ruang Untuk Mengalihkan Pizza

Pizza berbentuk bulat yang diletakkan dalam bungkusan petak akan lebih memudahkan anda untuk mengambil potongan pizza tersebut untuk dijamah. Perkara ini kerana terdapat sedikit ruang yang memuatkan jari anda untuk mengambilnya.

Namun, sekiranya petak bungkusan berbentuk bulat, ianya sudah pasti menyukarkan anda kerana bentuknya yang sama itu akan menghadkan ruang untuk proses mengalihkan pizza daripada kotak bungkusan.

Gambar: Real Simple

Nikmati Pizza Dalam Bentuk Tiga Segi

Ketika menikmati keenakan pizza, sudah pastinya anda menyedari bahawa pizza tersebut dipotong dalam bentuk segi tiga. Perkara ini adalah kepingan segitiga merupakan cara yang paling berkesan untuk membuat pembahagian bagi bentuk bulat.

Selain itu, ianya juga dianggap adil kepada semua orang kerana  akan menikmati setiap bahagian pizza sama-rata seperti bahagian kerak dan bahagian tengah yang dipenuhi dengan bahan-bahan tambahan.

Gambar: Forbes

Sumber: ScienceABC

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra