Siakap Keli

Disangkakan Teman Wanitanya, Ramai Terkejut Bila Tahu Perkara Sebenar

Apa yang anda fikir ketika melihat gambar lelaki dan wanita tersebut? Kelihatan seperti pasangan yang sepadan, dengan lelakinya yang kacak dan juga wanitanya yang cantik kan. Jika anda berfikir mereka adalah pasangan kekasih, anda salah.

Gambar mereka ini telah viral di media sosial baru-baru ini. Bukan kerana lelaki kacak mahu pun wanita yang cantik, tetapi kerana mereka adalah ibu dan anak, bukan pasangan kekasih.

Rata-rata warganet tidak percaya bahawa mereka adalah anak beranak. Tapi faktanya adalah itu, ibu lelaki itu kelihatan sangat muda seperti wanita yang baru berusia 25-an.

Lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Vietnam yang dikenali sebagai Jontahan Nguyen, tiba-tiba menjadi viral selepas memuat naik beberapa gambar ketika bersama ibunya di media sosial.

Ibu Jonathan ini yang sebenarnya sudah berusia 40 tahun, tapi wajahnya tetap kelihatan masih muda. Jadi apabila dia bergambar dengan anak lelakinya, mereka kelihatan seperti pasangan kekasih.

Jonathan memberitahu Daily Mail Australia tentang rahsia awet muda ibunya adalah, senaman, diet, dan kerap melakukan rawatan kulit. Oleh sebab itulah ibunya yang berusia 40-an ini tampak kelihatan sangat muda.

Kini kedua mereka ini diketahui tinggal di Los Angeles. Sebagai seorang anak, Jonathan mengaku bangga kerana memiliki seorang ibu yang cantik dan kelihatan muda.

Sumber: idnews

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)