Siakap Keli

Tular Dakwaan Kononnya Memo Cuti Raya Haji Diganti Dengan Tahun Baru Cina? Ini Respon Dipercayai Pekerja Syarikat Itu

Belum reda mengenai isu dakwaan sebuah syarikat tidak membenarkan pekerjanya solat kecuali pada waktu rehat sahaja, muncul pula isu baru malam tadi apabila sebuah memo mula tular di laman media sosial malam tadi. Memo yang dipercayai dimuatnaik oleh seorang individu itu tersebar begitu cepat dan menimbulkan pelbagai spekulasi mahupun kritikan.

Memo terbabit yang dipercayai diberikan kepada semua pekerja syarikat terbabit menjelaskan kononnya  cuti umum Hari Raya Haji akan digantikan pada Hari Raya Cina pada tahun 2020 kelak.

“Sebagaimana perkara di atas, sila maklumkan bahawa cuti umum Hari Raya Haji tahun ini yang jatuh pada 12hb Ogos 2019 (Isnin) akan digantikan pada Hari Raya Cina 2020. Oleh itu, kilang akan beroperasi seperti biasa pada 12hb Ogos 2019 (Isnin).”

Sehubungan itu, Siakap Keli telah menghubungi syarikat berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut namun gagal. Walaubagaimana pun ketika melihat laman media sosial syarikat terbabit, ada beberapa individu yang mendakwa sebagai pekerja syarikat terbabit ada meninggalkan beberapa komen berkaitan isu tersebut.

Memang syarikat ni takda sambut raya haji tapi kami dapat cuti, ini semua salah faham

Tiada masalah sebelum ini, hanya salah faham

Majikan tiada rasa pilih kasih atau pilih bangsa

 

Mohon orang ramai hentikan segala spekulasi dan menyebarkan perkara tidak benar

Di samping itu, pihak syarikat itu ada berkongsi di laman media sosial mereka tentang satu shot layar yang dipercayai telah dihantar oleh individu yang telah menyebarkan gambar memo berkenaan.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)