Siakap Keli
Gambar Hiasan

Bapa Tiri Didakwa Rogol Dan Seksa Anak 3 Tahun Sampai Mati

Seorang lelaki yang didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun dan menyeksanya sehingga meninggal dunia oleh bapa tirinya.

Difahamkan, kelakuan ayah tirinya ini sudah diketahui oleh ibu mangsa namun tiada tindakan yang diambil. Pelaku yang berusia 20 tahun ini telah ditangkap oleh polis dan dia mengaku bersalah melakukan perbuatan keji ini terhadap anak tirinya yang berusia tiga tahun sehingga maut.

Jabatan Polis Albany telah menjalankan siasatan kes terhadap mangsa dengan menulisnya di laman Facebook iaitu “Kehilangan Kanak-kanak ini Tidak Akan Dilupakan.”

 

Kes seperti ini dilabelkan sebagai paling kejam. Menurut keterangan daripada pihak polis, kanak-kanak ini dijumpai di rumah kediamannya dalam keadaan lemah dan terus dikejarkan ke hospital. Bagaimanpun mengikut keterangan hospital, kemaluan kanak-kanak mengalami kecederaan parah akibat diseksa dan diperkosa.

Anak kecil ini mengalami kecederaan pada bahagian vagina dan tulang rusuk serta bengkak pada tangan sehingga mengalami trauma. Gambaran daripada pihak hospital mendapati luka pada tubuh kanak ini seperti kesan luka lama.

Menurut polis, sehubungan dengan kes tersebut, ibu mangsa juga ditahan oleh pihak polis kerana bersubahat bersama suaminya dan bertindak memberikan kenyataan palsu.

Seorang wanita yang mendakwa ibu saudara mangsa melancarkan satu kempen GoFundMe untuk membantu keluarga tersebut membayar kos rawatan kanak berusia tiga tahun ini. namun, anak kecil ini menghembuskan nafas terakhir seminggu selepas di rawat di hospital.

Dia juga telah berkongasi gambar yang menunjukkan kekejaman yang berlaku pada anak saudara mangsa di mana kepala dibalut dan terbaring di katil dengan bantuan gas penafasan.

Sumber: Daily Mail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)