Siakap Keli

“Ditikam Dengan Gunting, Dipukul Dengan Lesung Batu,” Majikan Didakwa Dera Pembantu Rumah Dihukum Penjara

Sepasang suami isteri telah dikenakan tindakan mahkamah setelah didakwa mencederakan pembantu rumah mereka yang berasal dari Indonesia. Kejadian terbabit didakwa sebagai kes penderaan paling teruk dalam sejarah.

Pembantu rumah berkenaan telah diperlakukan dengan kejam, menurut laporan telinganya dipukul dengan galah buluh sehingga cacat dan dihentak bahagian belakang kepalan hingga menyebabkan giginya tertanggal.

Tidak cukup dengan itu, wanita malang tersebut turut didakwa dipukul di bahagian dahinya dengan lesung batu serta ditikam bahunya dengan menggunakan gunting.

Ia bermula tatkala majikan mendakwa bahawa tandasnya masih belum bersih dan memarahi pembantu rumahnya. Majikan lalu mengambil tukul dan memukul kepala si pembantu rumahnya. Apabila didapati kepala wanita berkenaan berdarah, majikan lantas memberinya tuala wanita untuk menghentikan pendarahan.

Segalanya terbongkar apabila mangsa dihantar pulang secara mengejut tanpa sebarang penjelasannya oleh majikannya pada 19 Disember 2012.

Adik mangsa telah ternampak kesan cedera pada tubuh kakaknya itu dan membawanya untuk mendapatkan rawatan di Jakarta pada Januari 2013.

Tan Wen Hsien , Timbalan Pendakwa Raya memberitahu mahkamah bahawa penderaan yang dialami mangsa juga termasuk secara psikologi.

Si isteri diarahkan untuk membayar pampasan sebanyak S$56,500 atau menjalani hukuman penjara tambahan selama lima bulan. Manakala suaminya dihukum penjara 15 bulan serta perlu membayar wang pampasan S$1,000. Pasangan terbabit didapati bersalah selepas perbicaraan yang berlangsung selama 17 hari.

Walaubagaimanapun, Hakim Daerah Luke Tan menyatakan bahawa tertuduh (suami isteri tadi) langsung tidak menunjukkan sebarang rasa kekal dan hanya bertindak memburukkan lagi keadaan

Sumber: Berita MediacorpĀ 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)