Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Doktor Kata Kena Makan Guna Straw,” Ayah Kongsi Keadaan Anak Lepas Kejadian Dihempap Peti Sejuk

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini dikejutkan dengan kisah seorang kanak-kanak berusia 5 tahun parah dihempap peti ais di rumah kediamannya di Nilai dipercayai tidak lagi mampu berdiri dan bertutur.

Perkongsian yang menyayat hati semua pembaca ini dikongsikan oleh ayah Muhammad Fawwaz Adli melalui laman Facebooknya yang memaklumkan bahawa anaknya sudah dibenarkan keluar wad setelah tiga minggu dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Malang tidak berbau, sesiapa yang yang pernah terbaca mengenai kisah ini pasti simpati dengan keadaan keluarga ini. Apatah lagi, mangsa merupakan anak sulung pasangan suami isteri ini masih kecil usianya. Tentunya begitu sukar dibayangkan oleh sesiapa pun yang menghadapi dengan situasi ini.

Syukur Alhamdulillah. Setelah hampir 3 minggu Muhammad Fawwaz Adli mendapat rawatan di Hospital, harini Fawwaz dah boleh discaj. Terima Kasih pepada ahli keluarga, sahabat-sahabat, jiran tertangga serta seluruh rakyat Malaysia yang tak putus-putus berdoa dan memberi sumbangan kepada anak kami. Semoga Allah merahmati hidup kalian smua. Aminn.

 

Menurut ayah mangsa, Mohd Bukhari Zainal Abidin berkata anaknya tidak dihempap peti ais sepenuhnya namun terkena pada bucu perelatan elektrik tersebut.

Doktor bagitahu keadaan Fawwaz mungkin berlarutan dalam tempoh yang lama. Anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan melalui straw. Rawatan di hospital tiga ke empat kali dalam sebulan, cuma sekarang nak kena buat rawatan luar untuk memperbetulkan saraf .” 

Pergorbanan seorang ayah tidak ternilai, sanggup tidak keluar berniaga semata-mata untuk menjaga permata istimewa mereka untuk mendapatkan rawatan susulan selepas keluar dari hospital. Kita doakan keadaan adik Muhammad Fawwaz akan beransur pulih seperti sediakala dan cepat sembut.

Sumber: Mohd Bukhari

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)