Siakap Keli

Lelaki Maut Setelah Perutnya Terburai Dikisar Mesin Pembersih Bijih Besi

Semalam, Sseorang lelaki warga Thailand  maut setelah terjatuh ke dalam mesin pembersih bijih besi di kawasan lombong Kampung 5, Gua Musang. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata mayat  Roheemee Da-oh, 48, ditemui dalam keadaan perut terburai kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam

Beliau berkata  sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai operator mesin palong bijih itu sedang melakukan kerja pemeriksaan di kawasan palong terbabit apabila kakinya tergelincir lalu terjatuh ke dalam palong.

Katanya ketika itu mesin pembersih bijih besi sedang beroperasi menyebabkan badannya turut dikisar bersama-sama bijih.

“Kejadian itu disaksikan seorang lagi pekerja di situ lalu bertindak segera menutup suis untuk memberhentikan mesin palong terbabit,” katanya.

Mohd Taufik berkata, ketika kejadian mangsa masih bernyawa sebelum meninggal dunia sejurus dikeluarkan.

Katanya, mangsa yang berasal dari Narathiwat, Thailand bekerja di lombong bijih itu sejak lapan bulan lepas sebagai operator dan bertanggungjawab mengendali tugasan menjaga mesin serta palong.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum dituntut isterinya untuk dikebumikan di Thailand,” katanya.

Kes kematian mangsa yang ditemui di dalam mesin palong bijih besi itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)