Siakap Keli

Sahabat Karib Sejak 40 Tahun Lalu, Ini Rupanya Kisah Perkenalan Agong Dan Putera Mahkota UAE

30 Julai lalu, negara menyaksikan peristiwa penting yang tentunya tercatat dalam lipatan sejarah tatkala seisi Istana Negara dimeriahkan dengan gemaan meriam sebanyak 21 das diiringi laungan ‘Daulat Tuanku’ menandakan penyempurnaan istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Balairung Seri yang dipenuhi hiasan serba kuning keemasan itu menyaksikan istiadat dilaksanakan dengan penuh tradisi Kesultanan Melayu apabila ia dimulakan dengan paluan nobat dari Kumpulan Nobat Diraja Terengganu diselangi alunan tiupan nafiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memainkan lagu ‘Raja Berangkat’ mengiringi keberangkatan masuk pasangan di raja berkenaan.

Gambar: Bernama

Namun yang menarik perhatian adalah kehadiran Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang turut meraikan pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Gambar: AFP
Gambar: AFP

 

Dikatakan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan sahabat baik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Instagram UAE Royal Family juga turut memuatnaik hantaran yang tertulis:

“Persahabatan 40 tahun di antara , KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.”

 

 

Sementara itu, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan juga ada memuatnaik ciapan di laman Twitternya:

“Hari ini saya dengan sukacitanya menghadiri majlis pertabalan sahabat karib saya, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Raja Malaysia. Saya berharap dia berjaya berkhidmat kepada negara serta rakyatnya.”

Perkenalan 40 tahun itu sebenarnya bermula ketika mereka berdua menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom pada tahun 1979.

Akademi terkemuka tersebut sememangnya telah melahirkan ramai alumni yang hebat. Ia merupakan salah satu daripada beberapa akademi ketenteraan yang paling terkenal di kalangan keluarga diraja.

Akademi Tentera Sandburst ini sentiasa menjadi pilihan terutamanya keturunan diraja dari Timur Tengah. Antara graduan yang pernah menuntut di sini adalah Raja Abdullah (Jordan), Raja Hamad (Bahrain), Sheikh Tamim, Emir Qatar, dan Sultan Qaboos dari Oman.

Akademi Tentera Diraja Sandburst ( Soldiercharity)
Istiadat Pentauliahan Akademi Tentera Diraja Sandburst (Gambar: Johnyfenn)

Dikatakan pelatih di akademi ini perlu menjalani latihan selama 44 minggu yang bakal menguji ketangkasan, kemahiran fizikal dan intelektual untuk menanamkan nilai-nilai ketenteraan.

Gambar: Bernama

Kembali semula ke tahun 1979, Sheikh Mohamed Zayed yang ketika itu berusia 18 tahun telah menghadiri akademi berkenaan bersama rakannya, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kedua-dua mereka terlihat mengenakan seragam tentera British.

Malah sebelum ini, Sheikh Hamad (Raja Bahrain) juga ada memuatnaik gambar dirinya  mengenakan seragam yang sama ketika menuntut di Sandhurst dahulu.

 

Rujukan

[1] Berita Harian. 2019. Biodata Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dicapai pada 3 Ogos 2019

Sumber: Bernama, Gulfnews , The National & Esquireme

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)