Siakap Keli

Didakwa Gagal Tunai Janji, Datuk Bandar Diarah Pakai Pakaian Wanita

Apabila penduduk mendakwa di sebuah bandar di Mexico sudah jemu dengan segala manisfesto dan janji yang terus ditabur tanpa tertunai, mereka lantas sepakat untuk melakukan sesuatu.

Mereka telah meminta Datuk Bandar  memakai pakaian wanita dan berarak sekitar bandar untuk beberapa hari. Pada awal minggu ini, kelihatan beliau mengenakan seluar panjang hitam bersama blaus putih beropol.

Malah pegawai Datuk Bandar berkenaan juga tidak terlepas dari ‘hukuman’ tersebut. Dia kelihatan mengiringi ketuanya itu sambil mengenaikan dress labuh polkadot berwarna merah jambu.

Video yang memaparkan lelaki berkenaan berjalan disekeliling bandar memakai pakaian wanita tular di media sosial dua hari ini.

Salah seorang penduduk mengatakan bahawa Datuk Bandar terbabit gagal untuk menunaikan manifestonya yang menjanjikan peruntukkan sebanyak 3 juta peso (bersamaan dengan kira-kira $ 158,000) untuk penambahbaikan sistem air dan beberapa kemudahan lain di bandar itu.

Namun ketika ditemubual, Datuk Bandar menyatakan bahawa mereka sudah kehabisan dana setelah mengagihkannya kepada majlis-majlis pembandaran di sana.

Ketika beliau memberi ulasan tersebut, kelihatan beberapa orang penduduk berteriak dan memegang poster mengecam kegagalannya menunaikan janji.

Sumber: Fox News

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)