Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ibu Hamil Jangan Buat 7 Kerja Rumah Ini, Boleh Beri Kesan Negatif Pada Kehamilan Dan Bayi Anda

Ramai yang tahu, menjaga kehamilan mungkin satu perkara yang agak rumit, tambah-tambah lagi awal kehamilan anak pertama. Tidak dinafikan mengandung adalah perkara yang paling menggembirakan bagi pasangan yang berkahwin. Lebih-lebih lagi kandungan pertama.

Semasa mengandung, adalah dinasihatkan supaya mengelakkan diri daripada melakukan beberapa kerja rumah. Ini kerana terdapat tugasan di rumah yang boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan anda dan juga bayi.

1. Penggunaan bahan kimia

Bahan kimia seperti produk pencuci atau peluntur dan penyembur serangga/nyamuk yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Anda boleh meminta bantuan ahli keluarga lain untuk membantu membersihkan bilik air yang kotor itu.

Anda boleh tukarkan kepada produk pembersihan semula jadi seperti cuka, lemon atau soda penaik juga menjadi satu alternatif yang berkesan.

2. Memanjat di atas kerusi atau tangga

Cuba untuk elak dari melakukan kerja yang memerlukan untuk anda memanjat atau berdiri atas kerusi serta tangga. Kemungkinan ibu hamil mudah terjatuh kerana perut membesar dan berasa kekok kerana tidak stabil.

3. Mengemop dan menyapu lantai

Sebagai seorang wanita, sememangnya jika mendapati rumah tidak bersih, mesti secara pantasnya akan mengabil mop untuk mengemop semula lanti. Ketahuilah aktiviti ini boleh menjejaskan bahagian bawah belakang badan dan urat pelipat lutut anda. Jadi ambil rehat sebentar semasa melakukan kerja seperti ini.

4. Membersihkan tingkap

Elakkan untuk berdiri di atas tangga atau kerusi jika lakukan kebersihan tingkap. Malah untuk menjaga keselamat ibu hamil, anda boleh menggunakan kertas lembab untuk memcucinya.

5. Bersihkan sangkar haiwan peliharaan

Untuk pengetahuan anda, toksoplasmosis merupakan jangkitan yang berpindah dari najis kucing dan besar kemungkinan mempunyai risiko yang besar untuk anak dalam kandungan anda. Selain itu, anda juga terdedah dengan parasit atau kuman apabila anda membersihkan najis kucing atau anjing.

Jadi, diingatkan supaya memakai sarung tangan dan memcuci tangan anda dengan sebaiknya selepas melakukan kerja tersebut. Lebih selamat, minta oran lain untuk mencucikannya.

6. Mengalihkan perabot berat

Jangan mengambil risiko untuk mengangkat barangan berat terutamanya perabot. ia boleh meningkatkan risiko dan anda mengalami ketegangan oto, sakit atau kecederaan. Hal ini kerana semasa hamil, tisu dan ligamen perantara mungkin melonggar.

jadi, biarlah suami anda yang melakukan semua tugasan ini.

7. Mencantikkan perabot

Tidak digalakkan untuk ibu hamil melakukan kerja ini, kerana bahan pelarut daripada perabot lama atau kesan daripada bau cat baharu juga akan menganggu kesihatan ibu dan anak dalam kandungan anda bahkan boleh meningkatkan risiko keguguran.

Jika anda mahu melakukan kerja-kerja ini, langkah pencegahan di bawah boleh membantu anda:

  • Melakukan kerja di luar atau dalam kawasan yang mempunyai aliran udara yang baik untuk mencegah risiko pendedahan kepada asap.
  • Memakai sarung tangan, seluar panjang dan baju lengan panjang semasa membuat kerja rumah.
  • Memakai topeng muka untuk mengelakkan tersedut debu zarah.
  • Elakkan makan atau minum semasa membuat kerja.
  • Gunakan produk yang tidak mengandungi pelarut.

Secara kesimpulannya, ibu hamil diminta untuk menjaga kesihatan, lebih banyak berehat. Kerja-kerja seperti ini perlulah diberi kepada si suami. Penyelesaian terbaik adalah tunggu sehingga selamat melahirkan dahulu.

Sumber: Hello Doktor

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)