Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Saya Tak Hingin Laa Sedekah 20 Sen Awak Ni,” Kisah 3 Budak Lelaki Niat Nak Sedekah, Ini Pula Yang Jadi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih, ibu bapalah yang patut bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya.

Mendidik anak untuk membesar dengan baik bukanlah satu tugas yang senang. Tetapi tidak juga mengabaikan mereka. Walaupun perangai setiap anak-anak berbeza sudah pasti semua ibu bapa inginkan pendidikan yang terbaik untuk mereka berjaya suatu hari nanti.

Bila sebut saja kanak-kanak zaman sekarang, kebanyakannya tular tentang membuli orang tua dengan guru disekolah dan bermacam lagi tindakan negatif mereka.Namun, percaya atau tidak masih ada kanak-kanak yang baik budi pekerti pada zaman sekarang ini.

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Mediha M berkongsi kisah yang menjentik perasaan terharu kita sebagai orang dewasa di mana tindakan tiga orang kanak-kanak disebuah pasaraya berdekatan dengan rumahnya.

Dia menceritakan semasa beratur membayar di kaunter sebuah pasaraya, dia melihat telatah tiga orang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 8 tahun sedang memilih bola untuk membeli.

“Saya masih percaya pada anak-anak hari ini.”

Lepas sudah berbincang dan bercadang untuk membeli, kemudiannya mereka ke kaunter dan membayar harga bola berkenaan sebanyak harga RM 9.80.

Paling menyentuh perasaan, apabila baki tersebut sambil mereka berkata “baki 20 sen tu kami sedekah.” tapi reaksi juruwang agak mengejutkan.

“Pandangan malu dan sedih itu terpancar di muka kanak-kanak lelaki tersebut mencetus sifat keibuan”

Lepas mereka datang untuk mengambil baki, saya beri RM 20 untuk mereka. Dan berkata “Auntie pun nak bersedekah.” Sambil tersenyum datang dan ambil wang dengan cakap Terima Kasih Auntie!

“Terima kasih Auntie!” Ya Allah, anak sapa la budak-budak ni”

Jadi saya tinggalkan barangan yang tidak berbayar dan keluar daripada pasaraya tersebut untuk pergi ke tempat lain. Ada betulnya, 20 sen tidak memberi apa-apa makna untuk kamu tetapi jika ada orang lain atau kanak-kanak yang berbesar hati nak sedekah, terima saja.

 

Rata-rata orang memuji tindakan tiga oran kanak-kanak tersebut kerana masih lagi wujud keperibadian yang baik dalam diri mereka. Sebagai orang dewasa, kita juga harus berbuat baik dengan kanak-kanak seperti ini. Kita adalah contoh untuk mereka.

 

Sumber: Mediha_M

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)