Siakap Keli

(Video) Ratusan Botol Air Minuman Terjatuh Dari Lori, Tak Sangka Ini Tindakan Orang Awam

Beberapa hari ini tular sebuah video memaparkan keadaan ‘luar biasa’ yang jarang sekali berlaku. Kejadian di Nanjing, China itu terjadi tatkala sebuah lori sarat 3 tan air minuman terjatuhkan sebahagian dari muatannya di sebuah simpang ketika membelok.

Tidak semena-mena datang orang ramai ke arah lori terbabit, bukan untuk membawa pulang botol air minuman tersebut. Sebaliknya orang di sekitar kawasan itu sedaya upaya membantu si pemandu lori mengutip semula botol-botol air yang terjatuh.

Para pemandu dan pejalan kaki sanggup menghentikan langkah mereka demi membantu walaupun dalam cuaca yang panas (38 darjah celcius). Dan 20 minit kemudian, semua botol-botol yang terjatuh telah berjaya dikumpulkan semula.

Sumber: China Xinchua News

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)