Siakap Keli

Anak Sakit Dibiar Bertarung Nyawa, Ayah ”Enjoy” Langgan Pelacur Dengan Duit Derma Orang Ramai

Seorang ayah didakwa mencuri beribu-ribu pound dari akaun bank anaknya yang sakit untuk melanggang pelacur, membeli minuman keras dan juga dadah, lapor polis Brazil.

Penganggur Mateus Alves, 37 didakwa mencuri lebih dari £ 130,000 (RM657, 085) dari wang yang sepatutnya digunakan bagi perawatan anaknya, digunakan untuk kehidupan lebih mewah.

Sebanyak £216,000 (RM1.09 juta) berjaya dikumpul dari saudara mara, rakan-rakan serta orang ramai untuk membeli ubat mahal yang diperlukan anaknya, João Miguel, berusia 19 bulan.

João Miguel menghidap penyakit yang jarang ditemui, iaitu Spinal Muscular Atrophy.

Wang derma itu dipruntukkan untuk membeli tiga dos ubat Spinraza yang juga dikenali sebagai Nusinersen, merupakan dadah pertama yang diluluskan.

Setiap satu dos itu boleh mencapai harga hingga £ 81,000 dan João memerlukan enam pusingan suntikan.

Mateus didakwa bersembunyi di hotel selama sebulan dan akhirnya ditangkap di hotel lima bintang di Salvador, Brazil timur laut pada 22 Julai.

Ketua polis, Daniel Gomes berkata Mateus mengaku telah menghabiskan wang itu untuk berfoya-foya dengan melanggan pelacur, membeli arak dan dadah.

Siasatan mendapati Mateus merancang untuk membuka rumah pelacuran dengan rakan kongsi wanita dan lelaki itu mendakwa sudah membelanjakan £10,800 (RM54,588) untuk mengupah pelacur.

Ketika disoal siasat, Mateus juga mengakui bahawa dia telah melaburkan sejumlah wang di sebuah rumah pelacuran di Salvador dan merancang membawa wanita dari Belo Horizonte ke Salvador.

Mateus juga mempunyai anak lelaki berusia 10 tahun telah memasukkan wang ke dalam empat akaun bank yang berasingan.

Mateus berdepan dengan dakwaan menipu dan memperdaya orang ramai dengan mengeksploitasi keperluan anaknya bagi tujuan lain.

Sumber: The Sun

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.