Siakap Keli
Kredit: The Lenders Network

Ikut Kemampuan Walau Sikit, Lelaki Ini Kongsi Kaedah Set Duit Untuk Mak Ayah Ikut Gaji

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam rezeki kita, ada hak orang lain. Semakin kita memberi, semakin bertambah rezeki samada dalam bentuk harta, kesihatan atau kemudahan dalam hidup.

Tambahan pula, jika kita memberi kepada ibu bapa sendiri, sudah tentu mereka akan mendoakan kita walaupun mereka sememangnya tidak pernah terlupa mendoakan anak-anak.

Ibu bapa kebanyakannya tidak mengharap pun wang anak-anak, tetapi jika anak bermurah hati ‘menghadiahkan’ sebahagian daripada gaji kepada mereka, pasti mereka akan berasa gembira dan mendoakan si anak. Siapa tak suka dapat hadiah, kan?

Perunding hartanah, saudara Harith Faisal baru-baru ini telah berkongsi satu tips untuk memberi kita motivasi dalam mengejar sasaran bagi membantu kewangan keluarga. Jom baca perkongsiannya di bawah.

Setkan berapa peratus kau nak sumbang kat keluarga setiap bulan. Katakan kau dah set 10%. Jadi, kalau gaji kau RM2,000 kau boleh bagi RM100 kat ayah dan RM100 kat ibu kau.

Tapi tak semestinya bagi dalam bentuk duit. Boleh juga kau bagi mereka masing-masing RM50, baki lagi RM100 kau buat beli barang dapur. Tambah mana-mana yang tak cukup.

Katakan kau dah bergaji RM5,000 maka 10% adalah RM500. Sama. Kau bagi ibu RM200, ayah RM200. Bakinya bawak mereka makan sedap-sedap sikit ke, boleh je.

Sampai satu masa kau berniat nak belikan ayah kau kereta Myvi. Bayaran bulanan RM500. Tapi, gaji kau RM5,000 saja. Takkan kau nak berhenti bagi duit kat ayah kau.

Gambar hiasan. (Kredit: GEN)

Masa inilah kau kena jadikan niat kau tu sebagai semangat untuk kau cari pendapatan sampingan yang konsisten. Supaya kau dapat bayarkan kereta ayah dan tetap bagi duit bulanan juga.

Gaji RM5,000 campur pendapatan tambahan RM5,000 dah jadi RM10,000. Maka, kau akan boleh sumbang RM1,000 setiap bulan. RM500 kereta ayah, RM200 bagi ayah, RM200 bagi ibu, baki kau belilah apa-apa yang patut.

Tapi, ini cuma panduan. Bukan wajib untuk kau ikut. Berapa peratus yang kau nak setkan tu pun bergantung kepada cara kau belanja diri sendiri setiap bulan juga. Faham, kan.

Cuma, kalau kita fokus untuk ikut betul-betul peratus yang kita dah set tu, bila terdetik di hati kita nak bagi lebih kepada keluarga, kita akan rasa semangat untuk cari pendapatan sampingan.

Bantu famili, jangan abai diri sendiri.

Bagi yang tak pernah bagi duit kat ibu bapa selama ni, kena mula bagi mulai bulan ni. Bagi ikut kemampuan. Sekurang-kurangnya bagi. Semoga dilimpahkan rezeki kepada kita semua.

Sumber: Harith Faisal

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.