Siakap Keli

Ingat Semua Boleh Pakai, Rupanya Ini 10 Senjata Berbahaya Yang Haram Digunakan Ketika Perang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Senjata merupakan satu alat yang digunakan untuk melukai, membunuh atau menghancurkan sesuatu. Maka wajar senjata ini digunakan dalam satu peperangan. Bagaimanapun, tidak semua senjata ini diperbolehkan untuk digunakan dalam perang.

Bagaimanapun, senjata-senjata yang sudah diharamkan, tapi masih tetap digunakan oleh mereka yang mempunyai kuasa-kuasa besar di dunia ini. Geneva Convention yang merupakan satu badan yang mengeluarkan garis panduan dan undang-undang peperangan.

Badan ini juga mengeluarkan pengharaman terhadap pengguna senjata-senjata tertentu semasa peperangan. Persoalannya, mengapakah 10 senarai senjata ini diharamkan?

Berikut merupakan 10 senarai senjata yang diharamkan oleh Geneva Convention serta berserta beberapa penjelasan mengapa yang dikongsikan oleh Kacak Taktikal ;

Pada tahun 2019 ini, sememangnya kita berada di dalam keadaaan yang paling selamat dan aman damai mengikut kepada sejarah manusia di bumi ini. Walaupun di negara luar, terdapat banyak konflik yang sedang berlaku secara berterusan sehingga kini, namun, bilangan konflik ini merupakan antara yang terendah mengikut sejarah kehidupan manusia.

Geneva Convention merupakan satu badan di mana mereka mengeluarkan garis panduan dan undang-undang untuk peperangan. Antaranya adalah senarai senjata yang diharamkan penggunaannya di dalam peperangan. Saya tidak ingin menyentuh atau membangkitkan isu di mana masih ada kuasa-kuasa besar di dunia ini masih menggunakan senjata ini walaupun telah diharamkan, sebaliknya, penulisan saya kali ini memberikan anda fakta dan sebab mengapa beberapa senjata yang tersenarai ini diharamkan oleh Geneva Convention.

1. BOM KLUSTER (CLUSTER BOMB)

Beberapa bom jenis cluster bomb ini yang dijatuhkan daripada sebuah kapal terbang biasanya amat berbahaya terhadap orang awam. Dalam beberapa model cluster bomb yang dibina sebelum ini, sebiji bom besar yang meletup akan menyebabkan terkeluarnya ratusan bom-bom kecil bersaiz tin minuman air. Sebiji bom ini dikatakan akan meliputi 25 – 30 kilometer persegi kawasan yang terkena kesannya.

Pada tahun 2008, 120 negara menandatangani pengharaman senjata ini dalam Cluster Munitions Conventions setelah hasil bancian dan statistik mendapati bahawa 60% daripada mangsa yang terkena letupan bom ini adalah orang awam, dan 1 per tiga daripadanya adalah kanak-kanak. Bukan itu sahaja, sama seperti APL, bom yang banyak ini kadangkala tidak meletup semasa dilancarkan, dan bom-bom ini masih mempunyai kebarangkalian untuk meletup pada bila-bila masa, walaupun setelah berpuluh tahun digugurkan dan setelah peperangan tamat.

2. PELURU HOLLOW POINT

Peluru ini jatuh di bawah kategori “Expanding Ordnance” yang direka oleh pihak British pada 1800-an. Peluru di bawah expanding ordnance ini akan mengembang atau memecah di saatnya masuk di dalam tubuh seseorang. Secara asasnya, peluru ini dengan mudah akan membunuh seseorang ketika dalam peperangan, dan memandangkan objektif utama peperangan bukanlah hanya sekadar untuk membunuh seseorang, pada tahun 1868, Declaration of St Petersburg dan pada tahun 1899 di Hague Convention, mereka mengharamkan penggunaan peluru sebegini dalam peperangan.

Peluru yang dibenarkan adalah peluru biasa yang tidak memecah mahupun mengembang. Untuk pengetahuan anda, peluru ini dibolehkan untuk kegunaan polis dan pasukan keselamatan memandangkan peluru ini mempunyai risiko yang amat rendah untuk menyebabkan collateral damage, yang sering kali berlaku sewaktu penggunaan peluru biasa, kerana sifatnya yang boleh menembusi badan seseorang (bagi peluru biasa) boleh membahayakan orang ramai.

3. AGEN SARAF VX

VX, atau Venomous Agent X yang mempunyai nama kimia O-Ethyl S-(2-diisopropylaminoethyl) methylphosphonothioate merupakan sejenis ubat dalam golongan Acetylcholinesterase inhibitor boleh membunuh seseorang manusia dalam kuantiti yang amat kecil. Bahan kimia ini menjadi popular apabila ianya digunakan sebagai agen untuk membunuh Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Amerika Syarikat, United Kingdom, Russia, Korea utara dan Syria diperkatakan mempunyai banyak stok racun ini yang disimpan untuk kegunaan mereka.Semasa dalam 1997 Chemical Weapon Convention, hampir kesemua stok VX ini dimusnahkan, di mana kuantiti sebayak 19,000 tan bahan ini yang merangkumi 98% jumlahnya yang berada di dunia dimusnahkan. Amat mengejutkan kerana sebanyak 0.001 gram sahaja perlu digunakan untuk membunuh seorang manusia dewasa. Entahlah, bagaimana mereka boleh simpan sampai beribu-ribu tan bahan ini.

4. SULFUR MUSTARD

Pada tahun 1916, dua orang saintis daripada Imperial German Army bernama Wilhelm Lommel dan Wilhelm Steinkopf menemui cara penghasilannya. Terma gas di dalam bahan kimia ini sebenarnya tidak tepat memandangkan apabila digunakan, bahan ini akan tersebar seperti kabus yang beberbentuk cecair yang halus (mist). Bahan ini mempunyai kesan yang menyebabkan apa-apa sahaja yang terkena dengannya, bahagian tersebut akan melepuh (blisters) termasuk bahagian kulit, mata dan paru-paru.

Gas ini menyebabkan kecacatan fizikal daripada luar, dan warna serta baunya yang seakan-akan mustard ini telah berulangkali dibincangkan, antaranya di 1899 Hague Convention, 1925 Geneva Convention dan 1992 Chemical Weapon Convention. Malangnya, penggunaannya masih meluas, termasuk di dalam konflik Iran-Iraq pada tahun 1980-an, serta serangan ke atas tentera AS di Timur Tengah oleh ISIS.

5. LASER

Perlu saya tekankan di sini bahawa teknologi laser yang dinyatakan di sini bukanlah laser yang berfungsi sebagai penetapan sasaran sesuatu senjata, tetapi lebih kepada laser yang dicipta untuk menyebabkan mana-mana musuh yang memandangnya menjadi buta. Syarat ini dibuat memandangkan kerosakkan pada mata seseorang itu sebagai ‘unnecessary and long-term suffering’.

Syarat ini telah dipersetujui pada tahun 1995, dan walaupun begitu, Amerika Syarikat (AS) masih lagi menggunakannya seawal setahun selepas syarat tersebut dipersetujui mereka. Senjata ini dinamakan sebagai Dazzler (gambar di atas), yang diperkatakan boleh menyebabkan seseorang itu buta untuk beberapa ketika dalam jarak 300 meter. Alasan mereka tidak diterima pakai kerana terdapat banyak kes di mana mangsa yang terpandang cahaya laser tersebut menjadi buta selama-lamanya, terutamanya di dalam jarak yang dekat, iaitu sekitar 50 – 80 meter.

6. BUBONIC PLAGUE

Anda pasti pernah mendengar mengenai plague yang terkenal dalam menyebabkan kematian berjuta rakyat pada tahun 1930-an. Bakteria bernama Yersini pestis ini dengan mudah akan membunuh seseorang dalam masa kurang daripada seminggu. 700 tahun dahulu, armada tentera di bawah Genghis Khan pernah menggunakan mayat yang maut akibat bubonic plague ini sebagai ‘biological bomb’ semasa dalam peperangan ke arah kota Kaffa. Mayat ini dilancarkan menggunakan catapult ke dalam kota mereka yang dilindungi oleh tembok.

Pada tahun 1972, Biological Weapon Convention telah mengharamkan penggunaan bakteria ini. Di zaman moden ini, keadaan lebih teruk kerana beberapa insan yang tidak bertanggungjawab mulai menghasilkan strain Yersini pestis yang tidak akan boleh dirawati dengan antibiotik (antibiotics resistant). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh World Health Organization, 50 kilogram wap dan kabus berisi bakteria ini boleh membunuh seramai 36,000 manusia, itu tidak dikira lagi dengan jangkitan-jangkitan terhadap manusia lain. Mereka amat risau bahawa ‘global epidemic’ penyakit ini mempunyai potensi untuk menghapuskan seluruh manusia di muka bumi ini secara total.

7. BULUH PANJI (PUNJI STICKS)

Perangkap ini amat popular sewaktu perang AS-Vietnam yang digunakan oleh Viet Cong (VC) sebagai satu cara untuk memerangkap askar-askar AS yang mempunyai pengalaman yang rendah di dalam hutan. Sama ada kayu, mahupun buluh, pihak VC akan menanamnya di dalam lubang untuk memerangkap sesiapa yang bernasib malang memijaknya. Bukan itu sahaja, laporan mengatakan bahawa pelbagai cara mereka pergunakan kayu ini sama ada dalam bentuk perangkap seperti perangkap beruang dan meneymbunyikannya di balik lalang yang tinggi.

Bahagian atas buluh ini biasanya disaluti dengan najis manusia atau najis haiwan, supaya mana-mana yang tercucuk akan menyebabkan jangkitan kuman menyeluruh ke dalam badan mereka. Walaupun perangkap ini berjaya membunuh ratusan tentera AS sahaja, namun, cerita-cerita di mana ada yang maut akbat tercucuk buluh ini ke kerongkong mereka dan di lubang dubur menyebabkan pengharamannya oleh Geneva Convention pada tahun 1980. Saya sendiri sebenarnya tidak menyokong pengharaman ini, memandangkan mereka berbuat demikian untuk melindungi negara mereka sendiri sahaja, dan perangkap selalaunya akan bersifat defensif, bukan offensive.

8. PERIUK API

Anti-personnel Landmine (APL) ini seperti kebanyakkan kita tahu diharamkan penggunaannya memandangkan kesannya yang amat buruk selepas peperangan (bukan semasa). Hal ini kerana mana-mana periuk api yang tidak meletup ini akan mempunyai jangka hayat sehingga 50 tahun selepas konflik berakhir. Sifat senjata ini juga tidak memilih siapa mangsa, sama ada askar, orang awam, kanak-kanak mahupun haiwan. Ratusan kes kita boleh dengar di mana ledakkan bom ini membunuh ramai orang yang tidak bersalah.

Pada tahun 1997 di bawah Ottawa Treaty, kesemua negara yang terlibat bukan sahaja tidak akan menggunakan periuk api ini, tetapi mereka bersetuju untuk menghapuskan mana-mana APL yang terdapat di dalam stor penyimpanan senjata ini. Kini, banyak negara menghadapi masalah dalam usaha untuk mencari dan menghapuskan mana-mana APL yang terdapat di negara mereka. Mereka menjangkakan terdapat 110 juta APL yang masih aktif tersembunyi di mana-mana tempat dalam negara mereka. Anda tahu dimana APL ini banyak boleh didapati? Yup, di antara Korea Utara dan Korea Selatan, di mana jangkaannya terdapat lebih 1 juta APL yang masih tertanam di situ.

9. FOSFORUS PUTIH (WHITE PHOSPHORUS)

White phosphorus, atau sering dipanggil sebagai Willie Pete (WP) pada awalnya digunakan sebagai bom asap, bagi membenarkan askar-askar AS bergerak di bawah lindungannya. Namun, masalah ini mula terjadi apabila WP digunakan sebagai senjata untuk membakar musuh (Incendiary weapon). Konsep membakar musuh ini dikatakan terlalu ganas dan perlu diharamkan bersama dengan napalm dan flamethrower.

Geneva Convention mengharamkan penggunaanya pada tahun 1980 kerana sifat WP ini yang akan sentiasa terbakar terus menerus sehinggalah kesemuanya habis. Mana-mana orang yang terkena dikatakan terbakar daripada kulit, otot sehinggalah ke tulang. Walaupun begitu, pihak AS masih lagi terus menerus menggunakannya seperti pada tahun 2004 semasa peperangan Falujjah dan 2016 di Syria.

10. BAHAN YANG MENGANDUNGI SERPIHAN BUKAN METAL

Mana-mana bahan yang mengandungi serpihan bukan besi, atau non-detectable fragments tidak dibenarkan penggunaannya memandangkan mangsa yang terkena serpihan sebegini akan menyebabkan kesusahan seorang perawat/ doktor untuk membuat pembedahan memandangkan bahan bersifat ‘non-metal’ seperti kayu, plastik dan batu tidak akan muncul di dalam X-ray seseorang pesakit.

Hal ini menyebabkan unncessary suffering dan diharamkan penggunaannya pada Convention of Certain Conventional Weapons pada tahun 1983. Penggunaan plastik sebagai bahan utama untuk mencederakan seseorang diharamkan, namun, untuk bahan lain dibolehkan.

Jadi, daripada pengharaman demi pengharaman ini (terdapat banyak lagi senjata lain yang diharamkan sebenarnya), masyarakat di dunia ini seharusnya menghormati dasar-dasar dan peraturan yang dipersetujui kerana salah satu tujuannya adalah untuk ‘tidak menyeksa’ dan tidak menyebabkan ‘kesakitan yang berpanjangan’. Walaupun banyak negara kuasa-kuasa besar masih lagi ‘cakap tak serupa bikin’, kita boleh mengharap agar pengharaman-pengharaman sebegini dapat diikuti sepenuhnya.

PS – I am against any country invasion and war!

Sumber: Kacak Taktikal

 

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.