Siakap Keli

Ini 5 Alasan Penting Melakukan ”Self-Reflection” Untuk Kehidupan Lebih Baik

Self-Reflection atau yang dikenali sebagai refleksi diri merupakan salah satu cara yang terbaik ketika anda merasa lelah dengan pelbagai aktiviti yang membuatkan anda tidak bersemangat. Refleksi diri boleh menjadi titik perhentian anda untuk membuat penilaian terhadap apa yang sudah berlaku dalam hidup anda dan apa yang harus anda lakukan ke hadapan.

Berikut merupakan 5 kepentingan untuk melakukan refleksi diri;

1. Membuatkan anda sedar akan matlamat sebenar anda

Ketika melakukan refleksi diri, kita berhadapan dengan pelbagai pemikiran dan aktiviti yang sudah kita lakukan. Di sini kita akhirnya berintrospeksi dengan setiap kenyataan yang telah kita lakukan. Melakukan semakan terhadap apa yang perlu ditinggalkan dan diteruskan merupakan kunci utama self-reflection. Sehingga pada keputusan akhir anda berjaya menemukan tujuan sebenar anda.

2. Mencari potensi terbaik anda

Potensi kadang boleh menjadi harta karun dalam diri anda yang agak sulit untuk ditemukan. Memerlukan proses yang lama dan merasakan jatuh bangun yang berkali-kali. Melalui self-reflection, evaluasi yang anda lakukan terhadap diri anda, boleh menjadi jalan untuk anda menemukan apa sebenarnya potensi tersebunyi dalam diri anda.

3. Membolehkan anda lebih peduli dan menjauhi ego

Melalui refleksi diri anda akan menyedari bahawa dunia ini disediakan bukan untuk diri anda sendiri. Masih ada orang lain bahkan makhluk lain yang ada bersama anda. Kemudian dengan refleksi diri ini juga anda akan lebih faham bahawa kehidupan ini tidak memerlukan keegoisan, namun dunia lebih memerlukan banyak perhatian dan kepedulian.

4. Masa adalah lawan yang paling sukar

Tidak kira betapa hebatnya anda dan sejauh mana anda berkuasa di dunia ini. Lawan paling sukar manusia adalah masa. Sukar untuk membuatkan diri anda kekal dengan kebahagiaan dan pelbagai kesenangan dunia. Oleh itu, anda memerlukan self-reflection sebagai tempat untuk memahami dan mengharagai masa. Jangan buang masa dengan kemalasan anda. Manfaatkan masa anda sebaik mungkin.

5. Anda akan lebih semangat menjalani kehidupan

Perkara terakhir mengapa anda perlu melakukan refleksi diri ialah, pendapatan yang anda peroleh melalui pemikiran anda dan bagaimana langkah anda yang seterusnya dalam kehidupan. Melalui refleksi diri anda menemui potensi, evaluasi diri terbaik untuk matlamat dan akhirnya anda akan menjadi lebih bersemangat untuk menghadapi setiap cabaran hidup.

Tidak bermaksud adanya refleksi diri ini anda terus akan menjadi orang yang hebat. Namun, dengan refleksi diri anda akan sedar bahawa anda sebenarnya tidak sempurna dan perlu belajar dan terus berkembang.

Sumber: IDN TIMES

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.