Siakap Keli
Foto: USA Today/CBS17

Puluhan Maut, Suspek Serangan El-Paso Didakwa Miliki Fahaman Sama Dengan Suspek Serangan Masjid Christchurch

Semalam, kami ada melaporkan mengenai satu serangan tembakan besar-besaran yang berlaku di sebuah pasaraya Walmart, di bandar El Paso, Texas.

Sekurang-kurangnya seramai 20 orang terkorban mana 26 yang lain cedera dalam kejadian itu.

Menurut perkembangan terbaru, suspek serangan itu dipercayai berkongsi fahaman anti-pendatang yang sama dengan suspek serangan masjid di Christchurch, New Zealand.

Pihak tentera dan polis mengawal kawasan kejadian (Foto: NY Post)

Ini kerana dia didakwa telah mengirimkan manifesto berkaitan anti-pendatang di sebuah laman forum atas talian kira-kira 19 minit sebelum melakukan serangan tersebut.

Forum yang sama juga didakwa menjadi pilihan penyerang dua buah masjid di Christchurch itu untuk menyebarkan manifestonya.

Walaubagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa masih tidak mempunyai sebarang bukti yang boleh mengaitkan serangan ini dengan insiden yang berlaku di Christchurch.

Imej suspek yang berjaya dirakam CCTV(Foto: CBS17)

Dalam pada itu, pihak polis berkata mereka kini sedang memantau forum berkenaan dan sekiranya perlu, mereka mungkin terpaksa menyekat laman tersebut.

Suspek juga dikatakan bengang akan pendatang asing yang menguasai sektor kerajaan selain percaya bahawa percampuran bangsa boleh merosakkan kepelbagaian genetik.

Dia telah pun berjaya ditahan pihak polis tidak lama selepas serangan tanpa sebarang kejadian tembak-menembak berlaku di antaranya dengan pihak berkuasa.

Sumber: BBC, India Today

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.