Siakap Keli
Gambar: Republika

Para Jemaah Haji Mungkin Terdedah Suhu Sangat Panas Tahun Ini

Suhu semasa musim haji pada tahun ini dijangkakan mencapai 50 darjah Celsius pada beberapa hari yang tertentu.

Pihak Meteorologi  Umum dan Perlindungan Alam Sekitar Arab Saudi juga menjangkakan kelembapan mencapai 85 peratus dan secara langsung akan menjadikan lebih panas.

Tambahan lagi, pihak berkuasa juga menjangka kehadiran hujan di Makkah ketika para jemaah tiba untuk tawaf Kaabah dan melawat tempat-tempat lain di tanah suci berkenaan.

Selain itu, dijangkakan juga angin akan menerbangkan habuk dan kemungkinan hujan terutamanya pada waktu tengah hari dan petang di Makkah.

Pada tahun lepas, hari pertama bagi jemaah haji di Makkah disambut dengan hujan lebat pada bahagian petang. Walau bagaimanapun, satu inisiatif untuk mengurangkan kepanasan di Mekah dilancarkan bagi mengurangkan keterbatasan para jemaah untuk meneruskan aktiviti ibadat di sana.

Inisiatif tersebut yang dikenali sebagai projek asfalt merupakan usaha yang dicetuskan oleh Kementerian Haji dan Umrah dengan kerjasama Sekretariat Bandar Raya Suci dengan kerjasama Sekretariat Bandar Raya Suci. Menerusi projek ini, suhu dapat diturunkan sekitar 15 hingga 20 darjah Celsius.

Selain itu, projek itu termasuklah mengukur suhu setiap 10 saat melalui sensor yang diletakkan di bawah asfalt.

Sumber: Gulf News

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra