Siakap Keli
Foto: APNews

(Video) Tular Rakaman ‘Kereta Terbang’ Selamat Jalani Ujian Penerbangan Buat Kali Pertama

Syarikat pengeluar barangan elektronik Jepun, NEC Corp. baru-baru ini telah menerbangkan ‘kereta terbang’ mereka di hadapan media buat kali pertama.

Dalam demonstrasi yang diadakan di dalam sebuah sangkar besi gergasi itu, kereta terbang dengan empat kipas atau propellers itu berjaya berada di udara selama lebih kurang satu minit.

Untuk pertunjukan kali ini, kereta terbang itu tidak lagi dinaiki oleh sebarang penumpang atas faktor keselamatan.

Keupayaan kenderaan berteknologi tinggi itu dapat dilihat dalam video di bawah:

Menurut AP News, kereta itu dikatakan telah terbang pada ketinggian sekitar 3 meter. Penggiat media diminta untuk memakai topi keledar untuk tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, masih terdapat banyak kelemahan pada kenderaan ini antaranya ialah daya tahan bateri serta kebimbangan terhadap ciri-ciri keselamatannya.

Dalam pada itu, kerajaan Jepun akan terus menyokong usaha penggiat teknologi di negara itu untuk membangunkan kereta terbang di masa akan datang.

Malah, mereka mensasarkan untuk menjadi kereta terbang sebagai antara kenderaan utama dengan dinaiki penumpang sekitar tahun 2030 nanti.

Sumber: APNews

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.