Siakap Keli
Foto: Independent

Belum Ajal, Budak 6 Tahun Terselamat Selepas Dicampak Dari Tingkat 10

Seorang lelaki berusia 17 tahun kini berada dalam tahanan polis selepas dia dipercayai telah cuba membunuh seorang kanak-kanak berusia 6 tahun di London, baru-baru ini.

Suspek didakwa telah mencampak kanak-kanak lelaki yang juga merupakan seorang pelancong dari Perancis itu dari tingkat 10 bangunan Tate Modern, London.

Bagaimanapun, mangsa boleh dianggap bernasib baik apabila dia terjatuh ke atas bumbung tingkat lima bangunan tersebut sekaligus terselamat daripada terkorban.

Helikopter ambulans tiba ditempat kejadian. (Foto: Kacper Kula/ITV)

Mangsa dibawa ke hospital menaiki helikopter sejurus ditemui dan kini dikatakan sedang berada dalam keadaan kritikal, tetapi stabil.

Menurut siasatan awal polis, suspek dipercayai tidak mengenali mangsa dan mereka masih belum mengetahui alasan suspek melakukan sedemikian kepada mangsa.

Saksi memberitahu, suspek tidak melawan langsung apabila ditangkap orang ramai di tempat kejadian sebaik melakukan jenayahnya. Lelaki itu dilaporkan telah didakwa atas tuduhan cubaan membunuh.

Sumber: CNN

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.