Siakap Keli

”Besar Harapan Kami Melihat Kamu Membesar Normal,” Luahan Bapa Menyentuh Hati Netizen

Nama Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin seringkali meniti di bibir ramai. Sejak lahir diuji dengan tumor yang membesar di dalam mulut seberat 200gram hingga berjaya dibuang pada 10 Jun lalu di London, perkembangan buah hati Malaysia ini sentiasa dinantikan.

Menerusi perkongsian terbaru oleh Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin, jelas kelihatan wajah Ainul yang semakin sihat dan comel. Lebih menyentuh hati, coretan bapanya yang berharap supaya Ainul membesar sama seperti kanak-kanak lain.

Berbaki lagi beberapa hari menjelang ulang tahunnya ke satu tahun pada 13 Ogos ini, doa seluruh rakyat Malaysia mengiringimu Ainul. Membesarlah dengan sihat dengan semangat dan kekuatan yang kamu tunjukkan selama ini kepada kami.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, Ainul mardhiah kekal sihat dan menunjukkan perkembangan yang positif setiap hari.

Sudah hampir setahun kamu keluar masuk hospital, walid dengan mama sudah terbiasa. 

Janji kamu dapat sihat sepenuhnya anak. Besar harapan kami mahu melihat kamu membesar secara normal seperti bayi-bayi yang lain. InshaAllah anak, masa kamu akan tiba nanti. Kamu akan menjadi anak yang bermanfaat dan membahagiakan kami.

Sekarang ini, biar mama dan walid berbakti kepada kamu dulu ya sebab kamu adalah tanggungjawab kami. Apa pun berlaku, mama dengan walid akan sentiasa berada di sini ainul.

Kita dah lalui bersama hampir setahun dah ainul.

Sumber : Ahmad Safiuddin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.