Siakap Keli

Genap 74 Tahun Tragedi Bom Atom Di Hiroshima, Amerika Syarikat Dedah Kenapa Mereka Lakukannya

Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pastinya telah terpahat dalam ingatan sebagai salah satu tragedi sadis yang tercatat dalam sejarah. Malah, kisah tentangnya telah diceritakan oleh guru sejak dari tingkatan 3 lagi. Biarpun sudah 74 tahun berlalu, ia terus  dikenang dan digenggam sebagai pengajaran kepada seluruh masyarakat dunia.

6 Ogos 1945, tentera Amerika Syarikat telah menggugurkan bom atom pertamanya yang dikenali sebagai ‘little boy’ di bandar raya Hiroshima, Jepun yang serta merta membunuh lebih daripada 70,000 orang.

Tidak terhenti di situ, 3 hari setelah itu (9 Ogos 1945), 40,000 lagi terkorban apabila pihak tentera AS menjatuhkan bom nuklear “Fat Man” di Nagasaki. Dan sehingga kini, Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang pernah menggunakan bom atom dalam peperangan.

Kenapa Pihak Amerika Syarikat Melakukannya?

Para saintis Amerika yang bekerja dalam Projek Manhattan menguji bom atom yang akhrinya berjaya berfungsi pada bulan Julai 1945 selepas pihak Jerman menyerah kalah.

Truman yang merupakan Presiden Amerika Syarikat ketika itu telah menugaskan jawatankuasa penasihat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Perang Henry Stimson untuk membincangkan sama ada mahu menggunakan bom atom di Jepun atau tidak,

Sam Rushay, Penyelia di Perpustakaan Presiden Harry S. Truman di Independence, Missouri, berkata:

“ketika itu, ada perjanjian yang menyokong keputusan yang dilakukan oleh ahli-ahli jawatankuasa itu. Stimson (Setiausaha Perang) yang bertegas supaya bom itu digunakan dalam serangan berkenaan. ”

Gambar: The Conversation

Manakala, Charles Maier, seorang profesor dalam bidang sejarah dari Universiti Harvard, menjelaskan bahawa walaupun Truman telah membuat satu lagi keputusan, beliau pastinya sukar untuk memberi alasan kepada orang awam mengapa beliau mengambil keputusan tersebut.

Maier, yang mengajar kursus pada Perang Dunia II berkata bahawa pihak Jepun tidak bersedia menyerah tanpa syarat dan mereka bimbang demonstrasi bersenjata tidak berjaya.

Demonstrasi terbabit akan dilakukan dengan meletupkan senjata nuklear di kawasan yang tidak berpenghuni (tetapi letupan itu dapat dilihat) untuk memaksa Jepun untuk menyerah. Cara ini adalah pendekatan yang digalakkan oleh sekumpulan saintis dan Penolong Setiausaha Peperangan, John McCloy.

Maier menambah bahawa Truman dan penasihat tenteranya takut serangan dari Jepun. Itu kerana pengalaman Amerika Syarikat menentang Jepun dalam pertempuran di Iwo Jima dan Okinawa yang melibatkan ‘kemusnahan’ tentera darat, udara dan laut sebelum itu.

Peperangan Iwo Jima Bulan Februari – Mac 1945 (Gambar: Britanica)
Peperangan Okinawa Jun 1945 (Gambar: Britainica)

Terdapat kepercayaan yang berlegar di kalangan perancangan ketenteraan Amerika bahawa orang Jepun akan bertarung bermati-matian sehingga ke titisan darah terakhir. Malah serangan berani mati (kamikaze) adalah antara serangan yang biasa dilakukan oleh tentera Jepun.

Malah serangan Kamikaze telah berjaya memberi kesan psikologi yang kuat terhadap perancang ketenteraan AS dalam melakukan keputusan. Sememangnya pihak tentera Amerika Syarikat tidak mahu mengakui bahawa mereka tidak mampu memenangi peperangan tersebut tanpa menggunakan bom.

Maier menyatakan bahawa sesetengah ahli sejarah telah membuat spekulasi bahawa kemungkinan Kesatuan Soviet turut membantu dalam membuat keputusan untuk menggunakan bom terbabit dalam peperangan itu.
Hiroshima adalah salah satu daripada empat sasaran yang berpotensi dan Truman memberi peluang kepada tentera untuk menentukan bandar mana yang hendak diserang. Hiroshima dipilih sebagai sasaran pertama kerana kepentingan ketenteraannya manakala Nagasaki pula dibom beberapa hari kemudian.

https://www.youtube.com/watch?v=h1tf8lv_yak

Sumber: CNN 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)