Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ibu Didakwa Terlelap Dalam Rumah, Anak 2 Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

Satu lagi kejadian yang melibatkan kematian kanak-kanak berusia 2 tahun yang didakwa lemas kepanasan di dalam kereta yang berlaku di sebuah kediaman di Tierrasanta, San Diego, California.

Mangsa yang berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia di dalam kereta semasa ibunya dikatakan terlelap di dalam rumah. Mengikut satu laporan berita, setelah ibunya terjaga dari tidur, dia terus menelefon polis untuk melaporkan bahawa anaknya hilang.

Tidak lama dari itu, dia menyedari anaknya berada dalam kereta dan disahkan meninggalkan dunia.

Masih ada jiran-jiran yang baik dan datang ke rumah mangsa untuk memberi sokongan dan semangat kepada keluarga mangsa kerana kehilangan anak kecil yang tersayang.

Salah seorang daripada jiran mangsa berkata ini adalah detik yang paling mencabar untuk seorang yang bergelar ibu. Ini juga boleh dikatakan satu kejadian yang paling malang untuk mereka.

Sehingga kini, polis tidak dapat mengesahkan bagaimana mangsa boleh masuk ke dlaam kenderaan tersebut tanpa disedari oleh ibu mangsa.

Sumber: Mirror.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)