Siakap Keli
FOTO: EGYAZIRA

“Jumpa Kali Pertama Di Hospital,” Pasangan Pejuang Kanser Limfoma Ini Kongsi Detik Indah Dijodohkan Bersama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Langit tak selalu cerah. Awan pula tak selalu mendung. Selepas malam, pasti datangnya siang. Selepas ujian, pastinya adanya nikmat dan hikmah menanti. Itulah kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.  Sebagai manusia kita hanya merancang, selebihnya itu kerja Allah.

Pernah dikongsikan sebelum ini di media sosial tentang pasangan yang menghidap kanser Limfoma Hodgkin Klasik atau nama saintifiknya Classical Hodgkin Lymphoma. Bagi sesetengah orang, menerima hakikat, menghidapi penyakit ini bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi untuk berdepan kanser pada usia yang muda.

Azira Baharum atau nama akaun Twitternya Egyazira berkongsi detik paling terindah apabila melangsungkan perkahwinan bersama pasangan hidupnya Mohamad Izham Abdul K juga salah seorang penghidap kanser Limfoma.

Pengenalannya bersama suami dipertemukan oleh keluarga masing-masing. Dia juga menceritakan bahawa pertemuan kali pertama bersama suaminya di hospital. Mereka mula rapat selepas disahkan mengalami penyakit yang sama. Secara kebetulan, temujanji bersama doktor pada tarikh dan masa yang sama.

Anda percaya dengan keajaiban dan peluang kedua? Sebab saya lakukannya.

Bila saya menghidapi kanser, Allah hantarkan suami dan dia juga sama berjuang

Dalam perjalanan untuk pergi ‘honeymoon’! Di PPUM

Hadiah perkahwinan yang paling berharga adalah keputusan positif scan Izham

Patut pergi ‘honeymoon’ mandi pantai PD ke tapi kena pergi drip ubat one whole day.

Hari ke-2 untuk kali kelima kemoterapi

Kami ingin menyebarkan secara positif dan inginkan semua orang tahu serta faham tentang penyakit kanser boleh dirawat dan jangan sesekali putus asa dan harapan.

Katanya lagi, mereka perlukan sokongan positif daripada semua orang terutamanya ahli keluarga dan sanak saudara.

Sumber: Egyazira

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)