Siakap Keli

“Kami Minta Maaf,” Twitter Akui Mungkin Telah Terguna Data Pengguna Tanpa Kebenaran

Twitter Inc. dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa mereka mungkin telah menggunakan data-data untuk pengiklanan (personalised ads) tanpa kebenaran pengguna. Perkara itu terjadi disebabkan oleh tetapan laman sesawang  microblogging.

Syarikat itu mengatakan bahawa mereka sudah menyelesaikan masalah itu pada hari isnin namun masih belum pasti tentang pihak yang terjejas berikutan keadaan tersebut.

Seperti semua sedia maklum, data pengguna adalah maklumat yang diberikan oleh seseorang individu ketika menggunakan Internet. Kebiasaannya, data ini terdiri daripada maklumat peribadi yang akan digunakan dalam pelbagai tujuan seperti kempen pemasaran oleh pusat perkhidmatan pelanggan (customer service center), pusat panggilan (call center), aplikasi mudah alih atau sebagainya.

Pihak syarikat akan mengumpul dan menganalisis data pengguna ini untuk menyasarkan iklan, tawaran, produk dan perkhidmatan lain yang berkaitan serta bersesuaian kepada pengguna.

Twitter turut menyatakan bahawa maklumat pengguna yang mungkin terjejas termasuklah kod negara individu dan butiran (engangement) keterlibatan mereka dengan iklan tertentu.

“Kami gagal untuk memenuhi kepercayaan anda kepada kami.”

Twitter turut meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan mereka.

Sumber: Reuters 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)