Seorang kanak-kanak perempuan berasal dari China telah meninggal dunia akibat menghidapi penyakit kanser buah pinggang pada Februari lalu.
Namun, kisah di sebalik kematiannya baru sahaja mendapat perhatian baru-baru ini apabila diet yang diamalkan oleh kanak-kanak itu didedahkan.
Kisahnya bermula pada Januari apabila mendiang mengadu sakit perut yang teramat sangat kepada ibu bapanya sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Dia kemudiannya disahkan menghidapi kanser buah pinggang dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi(ICU) sebelum meninggal dunia 30 hari selepas itu.
Selepas ditanya oleh doktor yang merawat anaknya, bapa mendiang memberitahu bahawa dia sering membawa pulang hidangan manis buat anaknya seperti kek dan gula-gula.
Namun, dia yang juga merupakan seorang chef turut memaklumkan bahawa bubble tea adalah merupakan minuman kegemaran anaknya selama ini.
Atas pengakuan itu, doktor telah membuat kesimpulan bahawa pengambilan makanan dan minuman manis yang terlampau telah menjejaskan buah pinggang mendiang serta menjadi punca masalah kesihatan yang dihidapinya.
Mendapat tahu hakikat itu, bapa mendiang tidak dapat menerima kenyataan yang sikapnya menjadi antara penyebab kematian anak yang sangat disayanginya itu dan menangis di hadapan doktor.
Sebelum ini, satu kajian pernah dilaksanakan oleh Universiti Hospital Aachen di Jerman berkenaan kandungan yang ada pada bebola bubble tea berkenaan, menurut Huffington Post.
Hasilnya, mereka mendapati ia mengandungi carciogenic chemical atau PCB yang boleh mengakibatkan kanser dan tidak patut ada dalam produk makanan dan minuman langsung.
Sumber: HuffPost, Mothership