Siakap Keli

Lamaran Pelik, Petani ‘Sumbat’ Cincin Pada Puting Lembu Dikecam

Setiap lelaki sudah pastinya ingin memberikan pengalaman lamaran yang baik terhadap teman wanitanya untuk dijadikan sebagai isteri. Pelbagai usaha akan dilakukan supaya teman wanita akan berasa terharu dengan bentuk lamaran yang sangat istimewa.

Namun, lain pula yang terjadi terhadap satu lamaran ‘pelik’ oleh seorang lelaki terhadap teman wanitanya. Seorang petani dikatakan ingin melamar teman wanitanya namun terlebih dahulu meletakkan cincin berlian yang ingin digunakan pada bahagian puting lembu.

Gambar tersebut telah dikongsikan oleh seorang wanita warga Singapura di laman Facebook yang telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada warganet. Tindakan petani tersebut yang meletakkan cincin tersebut pada puting lembu dilihat sebagai perbuatan yang menyiksa haiwan.

Perkara ini dapat dilihat menerusi keadaan cincin tersebut yang hanya muat-muat disarungkan pada puting lembu berkenaan. Ianya sudah pasti ketat dan memberikan kesakitan terhadap lembu tersebut. Akibatnya, orang ramai telah melontarkan kecaman terhadap pelaku tersebut dan mengganggap perbuatan tersebut sebagai salah satu perbuatan yang tidak patut dilakukan.

Rata-rata netizen tidak sanggup melihat penyiksaan yang dilakukan terhadap haiwan seperti itu. Mereka juga mendakwa bahawa tidak percaya bahawa akan ada individu yang melakukan perkara yang tidak sensitif seperti itu. Ada juga yang berpendapat bahawa lembu tersebut tidak patut terlibat di dalam proses lamaran itu malah tidak perlu disiksa sedemikian.

Setiap lamaran yang dibuat oleh seseorang lelaki pastinya akan diingati oleh seorang wanita kerana ianya sesuatu yang indah untuk diingati. Namun, lamaran seperti ini bukanlah satu kaedah yang baik untuk diamalkan oleh seorang manusia.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra