Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: SinoAgroFood)

Majlis Fatwa Putuskan Korban Di Luar Negara Harus, Ini Antara Cara Terbaik Untuk Laksanakannya

Hujung minggu ini umat Islam akan menyambut satu lagi perayaan besar iaitu Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali dengan nama Hari Raya Korban.

Perayaan ini sangat sinonim dengan dua ibadah yang tinggi martabatnya dalam hidup seorang Muslim iaitu ibadah haji dan korban. Seperti yang kita tahu, menunaikan haji adalah termasuk dalam rukun Islam. Namun, tidak semua berkemampuan untuk menunaikannya.

Jadi, Islam telah menyediakan korban, satu lagi ibadah khusus pada bagi perayaan ini yang mana hukum melaksanakannya ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut.

Walaupun para ulama’ berpendapat bahawa ibadah korban yang terbaik dan mengikut sunnah adalah yang dilakukan di kawasan sendiri, namun tidak dinafikan ibadah korban di luar negara juga semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat hari ini.

Foto: Zabeeh Services

Ini kerana melakukan ibadah korban di luar negara adalah lebih murah maka ia sering menjadi pilihan golongan yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.

Ia disebabkan oleh ibadah korban luar negara ini biasanya dilaksanakan di negara-negara yang berpendapatan rendah dan mempunyai ramai rakyat yang memerlukan.

Hukumnya pula adalah harus dan sah, menurut Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke-66. Hari ini, ada beberapa syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan untuk membantu rakyat Malaysia melakukan ibadah korban dan aqiqah di luar negara.

Antara yang sering menjadi pilihan ialah Zabeeh Services Sdn Bhd(Zabeeh). Antara sebab mengapa mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban di luar negara untuk memilih Zabeeh Services Sdn Bhd ialah:

1. Syarikat yang berdaftar dan boleh dipercayai

Apabila kita mengeluarkan wang untuk sesuatu perkhidmatan yang kita tidak boleh nampak dengan mata kepala kita sendiri, antara perkara yang paling kita risaukan adalah ditipu.

Dengan Zabeeh, anda tidak perlu risau. Ini kerana Zabeeh adalah merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) dengan nombor pendaftaran; 1100144-T.

Malah, mereka juga mempunyai pengalaman selama 9 tahun dalam menguruskan ibadah korban di 13 buah negara – Myanmar, Indonesia, Bangladesh(Kem Pelarian Rohingya), Laos, Kemboja, Thailand, Filipina, India, Vietnam, Chad, Malawi, Mali dan Kenya(Kem Pelarian Somalia).

Malah, pihak syarikat juga akan memuatnaik gambar korban yang telah dijalankan dalam akaun Facebook rasmi mereka dan peserta korban pula akan diberikan sijil penyertaan korban.

Foto: Zabeeh Services
Foto: Zabeeh Services
Foto: Zabeeh Services

2. Daging diagihkan kepada umat Islam yang lebih memerlukan

Seperti yang telah diberitahu lebih awal, daging-daging korban akan diagihkan kepada umat Islam yang lebih memerlukan di 13 buah negara terpilih.

Foto: Zabeeh Services

Antara kawasan yang disalurkan ialah dua kem pelarian, iaitu kem pelarian Rohingya di Bangladesh dan kem pelarian Somalia di Kenya. Pada pelarian yang tinggal di sana sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai dan sesuai untuk menerima agihan korban.

3. Harga yang lebih rendah dan ‘mampu korban’

Kita sedia mengetahui bahawa korban yang terbaik ialah yang dilaksanakan di tempat sendiri. Seelok-eloknya jika berkemampuan, lakukanlah ibadah tersebut di kawasan tempat tinggal kita sendiri.

Namun, sekiranya tidak mampu, sebaiknya janganlah kita tinggalkan terus ibadah yang hanya boleh dilakukan setahun sekali itu. Jadi, korban luar negara adalah pilihan yang terbaik.

Dengan Zabeeh Services, harga yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan kepada pelanggan mereka ialah:

  • 1 bahagian lembu – RM290(ibadah korban sahaja)
  • 1 ekor lembu – RM2030(korban dan aqiqah)
  • 1 ekor kambing – RM580(korban dan aqiqah)

4. Pendaftaran dibuka sehingga Hari Raya pertama

Hari raya dah dekat? Tak sempat nak daftar lagi? Jangan risau, Zabeeh Services masih membuka pendaftaran sehingga hari raya Aidiladha pertama, 11 Ogos nanti. Masih sempat lagi ni kalau nak daftar.

5. Kaedah mendaftar yang sangat mudah

“Pendaftaran dah nak tutup, mesti agak rushing kalau nak berdaftar.” Dengan Zabeeh Services, anda boleh mendaftar untuk ibadah korban walaupun ketika anda sedang berbaring di atas katil.

Caranya sangat mudah, anda boleh terus melayari laman sesawang rasmi Zabeeh Services di www.zabeeh.com.my atau mendaftar menggunakan aplikasi WhatsApp melalui pautan – https://zabeeh.wasap.my.

Foto: Zabeeh Services

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk menjalankan ibadah korban sempena perayaan Aidiladha tahun ini.

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

test