Siakap Keli
Gambar Hiasan

Met Malaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Selatan Tanah Air Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di negeri Johor.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan empat kawasan utama bakal dilanda ribut petir sehingga jam 9 malam ini.

Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga malam ini ialah Segamat, Kluang, Mersing dan juga Kota Tinggi. Setakat ini, tiada amaran ribut petir yang dikeluarkan bagi negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia dan juga luar Semenanjung.

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan diharapkan lebih berhati-hati terutamanya yang mempunyai aktiviti pada malam ini.

Sumber:  Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra