Siakap Keli

Peguam Kongsi Kisah Gadis Jadi Mangsa Rogol Beramai-Ramai, Tabah Hadapi Perbicaraan Sampai Tertuduh Dihukum

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Saban hari kita terbaca di surat khabar, media sosial atau melihat sendiri berita di televisyen tentang kes jenayah yang berlaku di negara ini dan kes rogol adalah salah satu daripadanya. Dan lebih menyedihkan apabila ada penjenayah yang tergamak menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa mereka.

Selalunya mangsa akan mengalami trauma dari segi emosi dan psikologi. Trauma ini sebenarnya turut didorong oleh persepsi yang dibina oleh orang sekeliling. Malah mangsa sendiri akan mula membuat prediksi tentang apa yang masyarakat fikir tentang dirinya.

Itulah yang selalu membuat seseorang takut untuk meluahkan kisah hitam yang menimpa dirinya. Tidak dinafikan bahawa kebanyakkan mangsa rogol rela berdiam diri daripada melaporkannya kepada pihak bertanggungjawab kerana bimbang tentang masyarat yang suka ‘menjatuhkan hukum dan menghakimi’.

Seorang peguam bahagian jenayah, Nur Aminahtul Mardiah telah memuatnaik ciapan di laman twitternya untuk berkongsi kisah mengenai salah satu kes yang pernah dikendalikannya.

Ciapan yang mendapat lebih dari 17k ulang kicau dalam tempoh beberapa jam itu benar-benar mengubah perspektif orang ramai tentang mangsa rogol. Malah Mardhiah turut memberi galakan kepada mangsa rogol supaya mereka menuntut hak yang sepatutnya mereka dapat.

Kisahnya:

Mangsa masih sangat muda, dibogelkan dan dirogol bergilir-gilir sebelum dia disamun pulak duit dan sebentuk cincin di tangannya. Di tumbuk di perut, di liwat dan paling melukakan adalah di tinggalkan dalam keadaan tiada seurat benang pun di kebun tersebut.

Mangsa terpaksa menapak ke balai polis tanpa seurat benang dan syukur 4 orang lelaki tersebut kesemuanya didakwa dan disabitkan atas kesalahan. Mangsa mendapat banyak kecederaan termasuklah kecederaan di rahim beliau.

Mangsa mengambil masa 4 hari untuk beri keterangan penuh tentang kejadian. Ketika satu demi satu cerita beliau di rekodkan oleh mahkamah, banyak kali perbicaraan terpaksa di hentikan. Mangsa akan meminta masa bertenang namun tidak sekalipun mangsa menitiskan air mata di mahkamah.

Mangsa begitu tegas dan dapat mengingat setiap perincian kejadian sehinggakan pihak peguam tertuduh tidak mampu mencari lubang soalan yang mampu mematahkan kekuatan cerita mangsa.

Semasa proses pengecaman 4 lelaki tadi di buat, mangsa memandang satu demi satu wajah lelaki lelaki tersebut dan camkan mereka bersekali dengan apa yang setiap mereka lakukan pada mangsa. The most amazing part is, tunang mangsa setiap masa dan ketika ada berasama mangsa di mahkamah.

Kali terakhir saya di hubungi 4 tahun lepas, saya di maklumkan dia telah menikah dengan tunangnya. Hebat dan tabahnya lelaki itu!

Diakhir perbualan, peguam itu menegaskan bahawa semua wanita tak kira di mana pun berada perlu sentiasa berhati-hati.  Jangan diamkan sebarang kes-kes berkaitan seksual. Tiada apa yang hendak dimalukan, buat laporan untuk buktikan kebenaran dan tuntut hak yang sepatutnya.

Sumber: Aminahtul Mardiah 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)