Siakap Keli

Puluhan Ekor Paus Disembelih, Perut Si Ibu Dibelah, Anak Ditarik Keluar Demi Sambut Perayaan Di Pulau Ini

Warna laut bertukar merah kerana darah yang mengalir apabila sebanyak 23 ikan paus disembelih oleh sekumpulan manusia, lapor Mirror pada Isnin lepas (5 Ogos).

Lebih mengerikan, kelihatan seekor anak paus yang belum lahir dipotong dari rahim ibunya yang sudah mati di dermaga Kepulauan Faroe.

Kanak-kanak kecil turut berada di lokasi, melihat ikan paus yang berlumuran darah dan pelancong juga menangkap gambar di beberapa meter dari paus yang mati.

Gambar: Mirror

Penduduk di kepulauan itu, yang merupakan sebuah wilayah autonomi Kerajaan Denmark, menjalankan tradisi mengerikan ini yang sudah berusia berabad-abad untuk membantu memberi makan kepada penduduk pulau Atlantik terpencil selama musim sejuk.

Mereka mendakwa bahawa tradisi itu sudah menjadi turun temurun dan ditadbir oleh undang-undang.

Walaupun begitu, ramai persatuan pencinta haiwan yang menentang, mengatakan bahawa perbuatan itu adalah tidak berperikemanusiaan dan inginkan pemburuan itu segera diharamkan.

Persatuan UK Shepherd Sea mendokumentasikan pembunuhan ikan paus pada Jumaat lepas (1 Ogos) di teluk Hvalvik.

Didakwa ini merupakan pemburuan ikan paus yang ke-10 di Kepulauan Faroe pada tahun ini dengan 536 jumlah ikan paus telah disembelih.

Ia menyaksikan sendiri ketika para nelayan di atas kapal mengangkut paus-paus yang tidak berdaya menuju ke pantai.

Seorang jurucakap persatuan yang menentang penangkapan ikan paus itu berkata, “Sepanjang perjalanan, semakin ramai anggota masyarakat dan juga pelancong boleh dilihat berhenti di sepanjang tepi pantai untuk menyaksikan banyak paus yang dibunuh.”

“Seperti yang sering terjadi, acara itu dengan cepat telah menjadi acara sosial di mana ibu bapa berbual sambil tertawa ketika anak-anak mereka sedang bermain di pantai yang dibanjiri darah.”

“Tahap kegembiraan jelas kelihatan meningkat kerana jangkaan kekejaman semakin dekat, melambangkan aspek sosial dari kesibukan itu yang merupakan sesuatu yang dilihat sudah wajar.

Sea Shepherd UK menghasilkan filem dan memotret aktiviti perburuan ikan paus yang berakhir malang itu.

Jurucakap persatuan itu menambah, “Peserta berlari dan bersorak untuk mula memasang tali dan memulakan penyembelihan.”

Ketika proses itu berterusan, kru menyaksikan seekor anak lembu betina yang disembelih dari rahim ibunya.

Penduduk Faroe sering bercakap mengenai tradisi khususnya penghormatan yang ditujukan kepada puas perenang.

Pada September 2018, persatuan itu menawarkan Kepulauan Faroe, 1 juta Euro selama 10 tahun berturut-turut tanpa melakukan pemburuan terhadap ikan paus.

Sumber: Suar

Eyen Mirlen

write deeply from your heart