Siakap Keli
Asia One

Stress Sering Bergaduh Dengan Ibu Mentua, Wanita Lepas Geram Campak Bayi Ke Dalam Sungai

Xi’an, 3 Ogos – Seorang ibu mencampakkan bayi berusia sepuluh bulan ke dalam sungai gara-gara bertengkar dengan ibu mentuanya.

Wanita tersebut yang bernama Zhou dikatakan bertemu ibu mentuanya untuk menyelesaikan urusan berkaitan pengebumian bapa mentuanya.

Menurut China Press, hubungan kedua-dua mereka telah lama tegang sejak sebelum itu lagi. Pada hari kejadian, Zhou dan ibu mentuanya telah bertengkar berkenaan isu rumah tangga.

Zhou memberitahu polis, dia menjadi semakin marah dan tidak berpuas hati dengan ibu mentua ketika dalam perjalanan pulang.

Setibanya di sebuah jambatan, dia melepaskan kemarahan dengan mencampak bayi perempuannya ke dalam sungai sebelum cuba untuk terjun bagi membunuh diri.

Walaubagaimanapun, wanita itu dihalang orang ramai di tempat kejadian sebelum ditahan oleh pihak berkuasa tempatan. Usaha mencari dan menyelamat telah dilakukan, namun tiada berita terkini berkenaan kejadian dilaporkan setakat ini.

Sumber: Asia One

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.