Siakap Keli
Kredit: Ilmfeed Travel

(Video) Sampai Madinah Terus Menangis, Kembara Berbasikal Lebih 6400 Km Tunai Haji Pemuda Ini Buat Netizen Kagum

Haji merupakan rukun Islam kelima yang wajib dipenuhi bagi yang berkemampuan. Kemampuan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah merupakan impian setiap umat Islam di seluruh dunia.

Jika zaman dahulu mereka menaiki kapal melalui jalan laut untuk ke tanah suci yang mungkin memakan bulan, kini dengan adanya kapal terbang, umat Islam dapat mengunjungi tanah suci itu dengan lebih cepat, mudah, selamat dan selesa.

Walaubagaimanapun, ada yang memilih kenderaan darat untuk berkelana ke kota itu. Ada yang menaiki bas, kereta, motosikal malah ada juga yang menunggang basikal.

Inilah yang dilakukan oleh sekumpulan penunggang basikal dari England yang gigih mengayuh sejauh lebih 6400 kilometer merentasi 17 buah negara menuju ke Mekah untuk menunaikan haji.

Detik ketibaan sahabat-sahabat ini di kota Madinah telah dirakam dan dikongsi laman Ilmfeed Travel dan membuatkan netizen kagum.

“Subhanallah. Kenangan sepanjang hayat untuk saudara-saudara kita ni. Pencapaian hebat. Allahuakbar!”

“Mashallah, moga Allah berkati setiap batu yang kalian kayuh untuk ke Madinah dan ibadah hajimu. Moga Allah beri kalian ganjaran.”

“Moga Allah terima ibadah mereka dan semua penunai haji tahun ini. Ammen ya rabb!”

“Bayangkan mendapat pahala untuk setiap batu.. Besaaaar istana di syurga insyaAllah!”

Jom tonton detik mengagumkan ini di bawah.

Sumber: Ilmfeed Travel

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.