Siakap Keli

Amaran Ribut Petir Bagi Tiga Buah Negeri Sehingga Malam Ini – Met Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir yang  melibatkan 3 buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 9 malam ini ialah Gua Musang (Kelantan), Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman (Terengganu), Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah (Negeri Sembilan).

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan diharapkan lebih berhati-hati terutamanya bagi yang mempunyai perancangan untuk keluar.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra