Siakap Keli

Buat Hal Lah, Tiga Ekor Lembu Ceroboh Pasar Raya Cari Sayur

Menjelang sambutan Raya Korban pada setiap tahun, kita sering disajikan dengan pelbagai kisah-kisah lembu yang terlepas sama ada di kawasan kampung malah turut ada yang kelihatan di kawasan-kawasan utama seperti jalan raya dan juga bandar-bandar. Kejadian-kejadian tersebut walau bagaimanapun telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kerana menyedari bahawa musim tersebut akan dipenuhi dengan haiwan-haiwan korban seperti lembu.

Namun, lain pula bagi kejadian yang berlakuĀ  di Hong KongĀ  apabila terdapat beberapa ekor lembu yang ‘menceroboh’ masuk ke dalam salah sebuah pasar raya di sana. Bukan setakat berkeliaran di dalam pasar raya itu, tiga ekor lembu dirakam sedang menikmati hampir keseluruhan buah-buahan serta sayur-sayuran yang disusun untuk dijual kepada pelanggan.

Setelah beberapa ketika lembu-lembu tersebut berada di dalam pasar raya itu, mereka telah meninggalkan kawasan tersebut tanpa menyebabkan sebarang kecederaan terhadap pengunjung dan juga pekerja di situ. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa mengeluarkan arahan kepada pihak pasar raya untuk melupuskan semua produk yang tercemar dan membersihkan kawasan-kawasan yang terjejas.

Kejadian aneh tersebut walau bagaimanapun tidak mencemaskan para pengunjung malah ada yang masih berada berdekatan tanpa risaukan akan keselamatan diri. Perkara ini adalah kerana lembu yang berkeliaran adalah pemandangan yang biasa di bandar tersebut.

Gambar: SCMP

Selain itu, lembu juga dianggap sebagai haiwan yang mesra dengan manusia dan tidak menyakitkan orang di sekitar mereka. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kejadian-kejadian seperti itu tidak memeranjatkan komuniti masyarakat di sana.

Sumber: DailyMail, Video Breaking

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra