Siakap Keli
Foto: NZ Police/NZ Herald

Dadah Bernilai Jutaan Ringgit Ditemui Selepas Hanyut Ke Pantai, Polis Minta Orang Ramai Pulangkan Bungkusan

Dadah jenis kokain yang bernilai jutaan ringgit telah ditemui selepas hanyut ke tepi pantai Bethells di West Auckland, New Zealand baru-baru ini.

Sekumpulan pasukan polis telah dikejarkan ke lokasi penemuan untuk membawa keluar semua bungkusan plastik berisi kokain berkenaan dan mereka berjaya menemui 19 bungkusan setakat ini.

“Pihak kami percaya bahawa jumlah dadah yang telah ditemui setakat ini mampu mencapai nilai sehingga NZ$3 juta(~RM8.15 juta),” kata Inspektor Colin Parmenter yang terlibat dalam kes ini.

Polis dengan kerjasama Jabatan Kastam New Zealand telah bekerjasama bagi mencari saki baki bungkusan dadah di kawasan berhampiran. Malah, unit helikopter juga telah dikerah untuk membantu pencarian.

Selain itu, pihak berkuasa juga meminta orang ramai untuk menghubungi mereka sekiranya ada menemui sebarang bungkusan mencurigakan di sekitar kawasan pantai itu.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama kes penemuan bungkusan dadah di pantai berlaku di New Zealand.

Pada tahun 2006, pihak berkuasa telah menemui dadah methamphetamine dengan nilai lebih RM1.35 juta seberat 500kg di Pantai Ninety Miles.

Sumber: NZ Herald

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.