Siakap Keli

Gadis Maut Terjun Dari Pesawat Pada Ketinggian 1,000 Meter, Didakwa Alami Tekanan Mental

Polis Madagaskar menyatakan bahawa mayat gadis yang nekad terjun dari pesawat dari ketinggian 1.000 meter sudah dijumpai.

Pelajar University Cambridge, Alana Cutland terjun dari pesawat sejurus selepas berlepas dari kawasan terpencil di mana dia melakukan penyelidikan.

AFP melaporkan pada Rabu (7 Ogos), mayat gadis, 19 tahun ditemui di Hutan Mahadrodroka. Keterangan ini disampaikan oleh Ketua Penyelidik, Spinola Edvin Nomenjanahary.

Nomenjanahary berkata “Penduduk kampung akhirnya menemui mayat Alana Cutland setelah melakukan pencarian sepanjang malam pada hari Selasa (6 Ogos).”

Polis berkata, Alana melompat dari ketinggian 1,000 meter kira-kira lima minit selepas berlepas di lapangan terbang Anjajavy pada 25 Julai.

Juruterbang dan penumpang lain, Ruth Johnson, cuba untuk menghentikan Alana. Tapi mereka terlalu penat dan akhirnya melepaskan pegangan mereka.

Pada Isnin (5 Ogos), mereka mengadakan upacra yang disebut sebagai Joro yang melibatkan pengorbanan lembu Zebu untuk meminta pertolongan dari dewa malagasy bernama Zanahary.

Nomenjanahary mengatakan, dengan berbekalkan upacara tersebut mereka kemudian menjumpai lokasi di aman Alana jatuh. Tetapi apabila ditemui, hanya 40% yang tinggal.

Penyiasat percaya bahawa, mayat Alana hanyut sampai ke ibu kota Antananarivo. Sebelum kejadian, Alana dilihat berkelakuan pelik.

Pelajar jurusan sains semulajadi itu dilaporkan tinggal selama 45 hari untuk membuat kajian terhadap ketam. Tetapi dia bertahan hanya selama 10 hari.

Dalam satu kenyataan, keluarga Alana memberi penghormatan dengan menyatakan gadis itu sangat berbakat.

“Anak gadis kami, Alana merupakan gadis yang cemerlang, berdikari dan dihormati oleh semua orang yang mengenalinya.” beritahu keluarga Alana.

Dinyatakan bahawa, selepas menamatkan  pembelajarannya, dia ingin mengambil program magang di Madagascar dan sangat ingin tahu tentang pengembaraan.

“Dia juga merupakan seorang penari yang berbakat dan selalu menonjol dengan kreativitinya.” tambah keluarganya.

Nomenjahary memberitahu, dia telah membaca dokumen Alana dan mengesyaki bahawa gadis itu mengalami tekanan dan kesihatan mental yang berkaitan dengan pendidikannya.

Sumber: Tribunnews

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.