Siakap Keli
Foto: MexicoNewsDaily/RadioNetworks

Gagal Tunai Janji, Penduduk Ikat Datuk Bandar Pada Tiang Besi Ketika Lawatan Kerja

Baru-baru ini, media melaporkan mengenai kisah seorang Datuk Bandar wilayah Huixtan, Mexico yang diarak keliling kota dengan pakaian wanita selepas didakwa gagal menunaikan janji pilihan rayanya.

Rupa-rupanya, ia bukanlah perkara yang janggal di sana. Ini kerana pada bulan Mei yang lalu, seorang lagi Datuk Bandar Siltepec di Mexico telah mengalami nasib yang hampir sama.

Kisah yang dialaminya kembali menjadi bualan beberapa hari lalu selepas kisah Datuk Bandar Huixtan itu menjadi tular.

Ketika kejadian, beliau sedang melakukan lawatan kerja di pekan La Laguna. Penduduk pekan itu telah mengambil peluang untuk meminta peruntukan bagi menaiktaraf jalan raya sepanjang dua kilometer di kawasan berkenaan.

Namun, beliau memberitahu bahawa ia akan menyebabkan masalah kepada bajet perbandaran dan memaklumkan naiktaraf itu hanya akan melibatkan jalan raya sepanjang satu kilometer sahaja.

Antara kawasan yang berada di Siltepec, Mexico(Foto: RadioNetworks)

Datuk Bandar itu turut berjanji untuk mencari bajet tambahan untuk memenuhi hasrat penduduk. Bagaimanapun, jawapan beliau itu tidak cukup untuk memuaskan hati penduduk di sana.

Mereka yang berang kemudiannya bertindak untuk mengikat beliau pada sebatang tiang besi yang terletak di sebuah dataran yang terletak di pekan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Datuk Bandar itu juga kehilangan rambutnya selepas dibotakkan oleh penduduk.

Menurut sumber, penduduk dikatakan tidak berpuas hati dan marah dengan kegagalan Datuk Bandar itu dalam menunaikan manifesto.

Beliau didakwa telah berjanji untuk menambaik kualiti pengangkutan awam serta beberapa projek untuk kepentingan dan keselesaan rakyat yang lain.

Malah, mereka juga menuduh beliau menggunakan wang rakyat untuk menghias pejabatnya di ibu kota.

Sumber: SUARA, Mexico News Daily

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.